Mudah Rupanya Buat Samperit Susu - Cahaya Hayati

4 Mar 2015

Mudah Rupanya Buat Samperit Susu

Mudah rupanya membuat samperit susu. Dah tu sedap pula.. bila makan cair dalam mulut... terasa lemak manis dan lemak susu...

Ni merupakan percubaan pertama cik ti setelah berumahtangga, setelah ada anak-anak. Sebelum ni dok beli ja.. Mungkin anak-anak dah besar dan depa pun dah pandai makan biskut dan kuih raya.. semangat nak buat sendiri menjadi tinggi. Di samping keinginan anak-anak untuk mencuba ...

Resepi seperti biasalah.. kita google. Cik ti tak tengok resepi dari seorang / satu blog saja.. selalunya cik ti akan tengok dalam 4 atau 5 penulis blog masakan... bahan apa yang di masukkan, petua dan cara membuat biskut atau kuih tersebut.. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.. resepi yang berbeza. Tepuk dada, tanya selera.. apa yang kita nak. Untuk memasak kita perlu kreatif... Guna apa yang ada dan tidak bergantung kepada resepi. Janji bahan utama ada...

Jadi, Inilah rupanya samperit susu. Raya ni dah boleh buat sendiri dah... :)


Samperit Susu

Bahan:
125g susu pekat manis
125g butter, lembut 
230g tepung jagung 
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
colourful chocolate rice ( untuk hiasan - boleh di gantikan dengan buah ceri)

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati dan boleh di kepal serta tak melekat di tangan..

Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau chocolate  rice di atasnya .

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Antara tips yang saya dapat dari blog kak nor  - secubit garam adalah untuk mendapatkan kelopak yang cantik dan tidak jatuh adalah biarkan selama 30 minit - 1 jam sebelum di bakar. Dengan cara ni doh menjadi kering dan kelopak bunga menjadi stabil bila di bakar.