Berblog itu membuang masa, betul ke? hmmm... Ini soalan dari founder Kelab Ben Ashaari. pendapat dan persepsi setiap orang tak sama.. Macam-macam jawapan ada. Antara jawapan-jawapan dari persoalan tersebut adalah :
Yang buat bisness online, blog adalah sebagai alat pemasaran.. Boleh letak gambar cantik-cantik, menarik dan dengan gaya yang tersendiri.. Bila followers tengok, confirm nak beli punya...
Kebaikan blog
- Untuk mengekalkan warisan
Tak dapat nak di nafikan lagi sebagai medium untuk mengekalkan warisan. Banyak dah warisan zaman dahulu yang di telan zaman dan tidak di ketahui oleh anak-anak muda zaman sekarang. warisan negeri, warisan dari tok kepada cucu...
- Untuk menambah kenalan/ network
Bagi yang membuat bisness, berblog adalah peluang untuk menambah network. Lagi banyak network lagi maju sesuatu bisness atau peluang bisness. Lagi besar skala pemasaran... Lagi cepat produk di kenali. Contoh produk yang laris di sebabkan oleh network adalah Seqy Beuty. Network mereka followers mereka.
- Untuk berkongsi maklumat
Blog juga memainkan peranan sebagai alat untuk berkongsi ilmu. Zaman sekarang, ramai yang menggunakan carian google untuk sesuatu maklumat. senang, mudah & cepat.
- Untuk meningkatkan keyakinan diri
Keyakinan diri dapat di tingkatkan melalui blog. Berani up entry, bermakna kita berkeyakinan. Bukan semua orang boleh tulis pendapat sendiri dan di baca serta di komen oleh semua pembaca.. Semakin banyak entry bermakna keyakinan kita semakin bertambah...
- Untuk menjana pendapatan (sebagai kerjaya)
Blog juga sebagai medium untuk memperolehi pendapatan. Ini ternyata kerana founder KBBA sendiri menjadikan blog sebagai kerjaya beliau... dan memperolehi pendapatan yang tidak di jangkakan. Jadi, adik2 yang masih belajar dan belum memperolehi kerja serta akak2 surirumah juga boleh menjana pendapatan melalui blog. Yang penting kreatif, rajin dan tak malu..
- Untuk meningkatkan kreaviti
Lagi kreatif blogger tersebut, lagi banyak follower. Kreatif yang saya maksudkan adalah dari segi bahasa, penyusunan ayat dan foto/ gambar yang di kongsikan...
- Sebagai alat pemasaran
Yang buat bisness online, blog adalah sebagai alat pemasaran.. Boleh letak gambar cantik-cantik, menarik dan dengan gaya yang tersendiri.. Bila followers tengok, confirm nak beli punya...