Jeragat Dan Bintik Hitam (Dark Spot) Berkurangan Dengan Safi Expert Solution - Cahaya Hayati

20 Mar 2019

Jeragat Dan Bintik Hitam (Dark Spot) Berkurangan Dengan Safi Expert Solution

Hai korang. Kalau korang follow blog mommy dari awal, korang memang akan tahu yang mommy mengalami masalah jeragat yang agak teruk. Kalau tangkap gambar tanpa beauty apps memang akan nampak kesan jeragat yang ketara. Malu sangat sampai kadang-kadang kawan-kawan ajak bergambar pun mommy malas nak join. Rasa macam memburukkan gambar diaorang jer... So, jangan terasa yer kawan-kawan. Disebabkan mommy tak mahu masalah jerawat dan kulit tidak sekata memburukkan lagi wajah mommy, mommy telah mencuba Safi Expert Solution. Cegah sebelum nampak tua dari umur sebenar.hehehe..

Mommy berminat untuk mencuba Safi Expert Solution ni kerana, kesan awal penggunaan boleh nampak dalam tempoh 2 minggu. Wow! Jarang mommy dengar produk yang boleh nampak kesan seawal 2 minggu. Syabas Safi! Bila dah ada produk sebegini, tak perlu lagi untuk membuang duit ke salon kecantikan.. 

Oh yer, mommy baru selesai mencuba produk terbaru dari Safi iaitu Safi Expert Solution. Betul ke berkesan dalam tempoh 2 minggu? Cer tengok gambar sebelum dan selepas menggunakan Safi Expert Solution. Ada beza tak?

Safi Expert Solution
Sebelum menggunakan Safi Expert Solution

Safi Expert Solution
Selepas menggunakan Safi Expert Solution

Nampakkan perbezaan yang di alami oleh mommy dengan hanya penggunaan selama 2 minggu. Tak ketara sangat tapi masih nampak perubahan yang berlaku iaitu kesan jeragat dan pigmentasi  di pipi telah berkurang. Tempoh 2 minggu bukanlah satu tempoh yang boleh hilangkan terus kesan jeragat atau pigmentasi yang telah bertahun-tahun wujud di wajah. So, kena sabar dan terus menggunakan produk Safi Expert Solution

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


Safi Expert Solution yang mommy guna adalah Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation. Why? Sebab sepanjang mommy hidup, mommy mengenali jenama Safi dari kecil lagi. Korang bayangkan berapa lama dah Jenama Safi berada dalam bidang kecantikkan ni? Kalau ikutkan umur mommy dah 39 tahun, maybe lebih lama dari itu... Bila dah lama dalam bidang kecantikkan, ia adalah jenama dan produk yang boleh di percayai. Sebab itulah mommy pilih Safi Expert Solution.

Safi Expert Solution
Safi Expert Solution

Selain dari jenama dan kepakaran dalam bidang kecantikkan, mommy pilih Safi Expert Solution adalah kerana produk ini sendiri iaitu produk ini merupakan 2 Step Multi-Action Ampoule System dimana ia diformulasikan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat iaitu DN Age Tecnology. Kombinasi hebat 2 langkah ini bertindak pantas menembusi ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bintik-bintik hitam dengan berkesan, membekalkan kelembapan dan menggalakkan pembaharuan kulit agar kulit tampil lebih sihat dan cantik secara menyeluruh.


Produk ini juga telah di uji secara klinikal di mana keputusan yang di perolehi menunjukkan:-

  • 85.7% bintik hitam berkurangan
  • 91.7 Kulit lebih berseri
  • 100% pembaharuan kulit
  • 100% keanjalan
  • 100% peningkatan tona kulit

Paling menarik, kandungan dalam Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation kerana ia :-

  • Tidak mengandungi minyak asli
  • Tiada Alkohol
  • Tiada Silicone
  • Tiada Paraben
  • Tidak di uji keatas haiwan

Cara Guna Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation 

Step 1 : Renewal Hydra Complex

Titiskan ekstrak ampoule menggunakan dropper ke tapak tangan dalam kuantiti secukupnya. Kemudian apply pada wajah dan tepuk perlahan-lahan sehingga ianya meresap sepenuhnya ke dalam kulit muka dan di ikuti dengan Step 2.

Safi Expert Solution
Step 1 : Renewal Hydra Complex

Safi Expert Solution


Step 2: Supreme Anti-Spots Complex

Titiskan sedikit Supreme Anti-Spots Complex di tapak tangan dan apply pada wajah secara urutan ke atas.

Safi Expert Solution

Safi Expert Solution

Kedua-dua product ni berbau wangi dan menyegarkan. Nampak macam berminyak tapi bila apply ke pipi tak berminyak pun. Magic betul.... Satu lagi, tekstur dia sangat ringan dan tak melekit. So, kulit kekal lembap dan segar dalam tempoh yang lama.

Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Bila di kaji sebab-sebab yang menyebabkan terjadinya jeragat dan dark spots adalah di sebabkan terdedah kepada cahaya matahari dan proses penuaan semulajadi. Walaubagaimanapun, faktor yang membantu mempercepatkan terjadinya jeragat dan dark sport adalah disebabkan masalah kulit kering. Bagi membantu mengatasi masalah kulit kering yang disebabkan oleh alam sekitar, pendedahan kepada UV dan juga pencemaraan udara, penggunaan Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin amatlah sesuai dan membantu melembapkan kulit wajah.

Safi Expert Solution
Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin adalah milk drop serum yang mengandungi NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid. Kandungan ini adalah untuk mengaktifkan  kebolehan pembentukan kelembapan kulit dan mengunci hydration.

Milk Drop Serum ini di formulasi dengan Hydra-Boost Capsules yang ditukarkan kepada titisan susu untuk penyerapan yang mudah dan pantas kedalam kulit. Ia ringan dan menyegarkan.

Safi Expert Solution
Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Ujian klinikal produk ini menunjukkan :-

  • 280%  ransangan kelembapan segera
  • 72 jam kelembapan tanpa hanti
  • 92.5% menguatkan halangan kulit
  • 1 bulan untuk mencerahkan kulit
  • 1 bulan untuk meningkatkan keanjalan kulit

Sepertimana Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation, Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin juga tiada kandungan minyak asli. alkohol, paraben serta ujian ke atas haiwan. Jadi ia sangat sesuai untuk semua terutamanya wanita asia.

Cara Guna Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin

Step 1: Apply Safi Expert Solution Anti Dehydrated Skin secara merata ke kulit wajah dan juga leher yang telah dibersihkan dengan sempurna

Step 2 : Urut secara perlahan dalam gerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Tekstur yang ringan dan tidak berminyak membantu menyerap dengan lebih pantas serta memberi kelembapan serta kesegaran yang berpanjangan. Best sangat dan nampak menarik. Rasa nak makan pun ada. hihi..

Buat pengetahuan korang, rangkaian produk Safi Expert Solution ini masih belum berada di pasaran lagi dan akan dilancarkan tidak lama lagi.. Jadi, untuk update terkini dari Safi tentang produk ni, sila  layari media sosial Safi berikut:-




3 comments:

  1. wow kalo dapat hilangkan dark spots memang best la =D

    ReplyDelete
  2. untuk kaum wanita yang ingin menjaga kecantikan kulit baca ni hehe

    ReplyDelete