Baju Raya 2019 | Tempah Atau Beli Siap? - Cahaya Hayati

11 Mar 2019

Baju Raya 2019 | Tempah Atau Beli Siap?

Baju Raya 2019 | Tempah Atau Beli Siap? Kau kenapa jahhh, posa ganti pun belum habis.. Kau dah kisah pasal baju raya... Ehhh bukan mommy sorang ja tau yang kisah pasal baju raya ni tapi semua ibu, mak dan kaum hawa yang lain. Dah rancang siap-siap baju raya, tema baju raya, design apa dan semuanyalah... Kaum adam apa tahu? Dah nak raya, baru korang nak kalut. Kami plan awai sebab tak nak kalut dan ada banyak benda lagi nak buat. Kannnnn ibu ibu sekalian?

Alhamdulillah baju raya tahun ni dah siap di hantar untuk tempah. Kain sponsored by mr hubby sebab dia orang yang cerewet pasal kain nak buat baju melayu. Mommy dapat yang ready made pun okay sebab ready made sekarang banyak yang cantik-cantik. Tapi di sebabkan nak sedondon atau kain sekayu, tempah jugaklah. 


Untuk tailor pula, mommy memang hantar ke tailor tetap. Dia pun dah masak dengan mommy yang suka design baju sendiri. Husband cakap kalau tailor lain, confirm dia tak mau layan. hihi... Sorry dear, i dari bujang lagi memang suka tempah baju tapi design sendiri. Biaslah nak lain dari yang lain.

Design apa tu? Takdelah design hebat sangat. Simple-simple saja.. Baju kurung moden tapi dengan tangan yang lipat, baju kedah tapi labuh sikit dan baju kebaya kota bharu. Fuhhh patern semua untuk orang kurus tapi disebabkan tailor ni pandai, mommy yang berisi ni pun tak nampak berisi sangat bila pakai hasil jahitannya. Sebab itulah mommy suka hantar dekat tailor ni. Dah siap, tak perlu nak otter dah.. 



Lagi satu sebab tempahan confirm siap pada tarikh yang diberi. Silap-silap boleh siap sebelum tarikh yang di beri. Mommy suka cara tailor ni... 

Untuk warna pula, ini warna pilihan kami untuk tahun 2019. So, dari jauh dah nampak kami sefamily. kihkih...


So, korang macam mana? Tempah or beli ready made? Apa tema kaler baju raya korang tahun ni?

4 comments:

  1. Sha sebelum ini memang beli siap tapi tahun lepas terjumpa tukang jahit yang best, tahun nie tempahlah.. cuma baju encik suami je tak hantar tempah lagi..

    ReplyDelete
  2. CH beli siap aje.
    Dah byk tailor tutup ambil tempahan Kan..

    ReplyDelete
  3. mama selalunya suka beli yg siap sebab selalu decide last minute hihi

    ReplyDelete
  4. tahun ni kita tak tempah..beli je.. sebab macam dah tak sempat dah nak buat ni..kalau bagi last minit takut tak siap..so better beli yang dah siap

    ReplyDelete