loading...

4 Nov 2016

# Parenting # product review

Pentingnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Kepada Ibu Bapa (SAPS Ibu Bapa)

Assalamualaikum wbt. Pentingnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Kepada Ibu Bapa 

Lega rasanya apabila anak-anak telah selesai menduduki peperiksaan. Tak kiralah ujian awal tahun, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun. 

Bila dah selesai hati mommy berdebar-debar pula nak tahu keputusan peperiksaan tu. Kalau pertengahan tahun, nak tahu sebab nak tengok prestasi anak-anak dalam pelajaran. Anak-anak boleh cope atau tidak. Perlukan tuisyen atau tidak. 

Untuk peperiksaan hujung tahun pula, nak tahu anak kita MAINTAIN dalam kelas yang sama atau kena tukar ke kelas lain. Kalau ke kelas yang lebih bagus, Alhamdulillah. Kalau ke kelas yang sedikit corot, ibu bapa kena pantau dan beri perhatian yang lebih dalam bab pelajaran anak tersebut. 

Memang kita tak nak PAKSA anak dalam pelajaran. TAPI syndrome ibu bapa mestilah nak tengok anak dia BERJAYA. kan.. kan...

Sebagai ibu bapa, kita sangat perlu untuk menitik beratkan pendidikan anak-anak. Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dapat menjamin keterusan masa depan mereka di dalam era globalisasi yang mencabar ini. Bagaimana untuk memastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan terbaik dalam pembelajaran mereka?Bagaimana memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!

Bila kali terakhir anda cek keputusan peperiksaan anak anda dan bila kali terakhir anda suami isteri berbincang bersama demi memastikan kecemerlangan anak-anak? Tak pernah? Jangan macam itu, sila ambil berat dengan pendidikan anak-anak. Oh ya, mungkin dulu susah untuk dapat tengok keputusan anak-anak, sekarang dan mudah boleh cek secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS Ibu Bapa)!

Apakah SAPS Ibu Bapa Itu?

SAPS NKRA Ibu Bapa

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.

semak keputusan peperiksaan online
Muka depan SAPS Ibu Bapa

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

SAPS NKRA Ibu Bapa
Tengok keputusan peperiksaan kakak Aisya
Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.

Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

SAPS Ibu Bapa
Tengok result pepriksaan akhir tahun

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

 SAPS NKRA Ibu Bapa
Alhamdulillah. U did it Kak Aisya. 

 SAPS NKRA Ibu Bapa
Ini pula markah peperiksaan abang Ammar. masih belum complete tapi dah nampak subjek yang mommy perlu beri perhatian. Usaha lagi Abang Ammar!

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

Tiada ulasan:

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292