Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya - Cahaya Hayati

29 Ogo 2016

Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya

Assalamualaikum wbt. Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya.

Setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan, mestilah terbayangkan bilik dan katil yang empuk. Pilihan mommy untuk menginap di Citadines DPulze Cyberjaya memang tepat sebab selesa, luas , katil yang empuk dan wifi untuk bilik/apartment itu saja. Syiok tenet lajuuuu.

Kenapa mommy pilih Citadines DPulze? Mommy pilih Citadines di Pulze kerana kedudukannya yang dekat dengan MMU dan mempunyai shopping complex serta tempat makan dalam satu bangunan. So, mommy tak perlu ke mana-mana. Senang. Lagipun mommy takdak transport nak kesana sini. Malas nak guna perkhidmatan UBER... 

Klik sini untuk ke laman web Citadines



Sesampai di Citadines, mommy di sambut dengan penyambut tetamu yang peramah dan tak lokek dengan senyuman. Rasanya orang dalam gambar di bawah ( yang adik perempuan tu). Siap beri pamphlet lagi untuk mommy pesan makanan. Ini kerana hotel ini tidak mempunyai F&B department. Jadi, pelanggan perlu order dari luar dan ambil makanan di lobi. Oklah jugak sebab terdapat pelbagai restoran yang berdekatan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa minimum order.


Haaa! inilah bilik/apartment yang mommy dapat. Empukkan katil dia.. Cuma bilik mommy buka tingkap, nampak jalanraya. hihi.. Oklah sebab Mommy tak buka pun langsir tu. Buka sekejap ja untuk tengok view yang ada. 


Bilik air yang luas, bersih dan lengkap dengan keperluan seorang traveller.


Dalam bilik/apartment ni ada dapur dan kelengkapan dapur di sediakan. So, kalau siapa rajin nak masak tu bolehlah guna. Mommy malas, mommy turun bawah dan beli ja dalam shopping complex dPulze. Semua jenis makanan ada, melayu, chinese, korea, western, jepun... Pilih saja yang berkenan. Shopping baju dan barangan dapur pun ada. nak tengok wayang, ada TGV di sini...

Bila sorang-sorang, mommy malas nak layan semua tu. Mommy beli makan dan lepak dalam bilik saja. Layan drama Surah Buat Maisarah.



Oklah, kalau korang datang ke Cyberjaya.. Menginaplah di sini sebab selain studio executive yang mommy ambik ada dua jenis bilik lagi iaitu 1 bedroom executive dan 2 bedroom executive. Rate yang mommy dapat melalui booking.com adalah RM 167.00 semalam. Berbaloi kan?

note: Semua gambar ni mommy ambil dari laman web Citadines sebab handphone mommy masih di service center. Bila ntah nak dapat balik. huhu

2 ulasan:

  1. wahhhhhhh selalu je lepak dpulze ingat atas tu apartment personal heeheeee....

    BalasPadam
  2. sbb dia konsep mcm rumah sket kan.. nice. ritu hampir la nk tempah.. hehe

    BalasPadam