Assalamualaikum wbt. Risaukan keselamatan anak-anak di rumah?
Adakah kita fikir rumah adalah tempat paling selamat untuk anak-anak kecil? Angkat tangan siapa yang fikir begitu.
Yang sebenarnya rumah juga bukan tempat yang paling selamat untuk anak-anak kecil yang semakin membesar dengan lasak. Anak-anak kecil cepat belajar dari pemerhatian. Apa yang orang dewasa atau ibu bapa lakukan, mesti akan menjadi ikutan. Termasuklah penggunaan pisau, barangan elektrik dan dapur memasak.
si canggih mommy! Ini bukan lakonan tapi inilah aktiviti harian Aisy.. huhu |
kepandaian Aisy - memanjat dan memunggah |
Jangan di salahkan anak-anak ini sebab mereka tidak tahu akan bahaya yang akan datang. Yang mereka fikirkan adalah keseronokkan mencuba atau menjadi seperti orang kesayangan mereka. TAPI sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat tentang keselamatan anak-anak.
Ye, rumah boleh menjadi tempat selamat untuk anak-anak kecil jika menjaga keselamatan anak-anak dengan alat keselamatan yang khas. Antara barangan keselamatan khas yang boleh di gunakan di rumah demi keselamatan anak-anak adalah safety door guard , slider lock, table corner protector dan banyak lagi.
Dalam berkira-kira hendak mencari alat keselamatan untuk anak kecil, mommy menerima parcel istimewa dari Lunavie dan di dalamnya terkandung alat keselamatan yang mommy hendak cari. Alhamdulillah. Lunavie betul-betul memenuhi kehendak mommy.
Dalam berkira-kira hendak mencari alat keselamatan untuk anak kecil, mommy menerima parcel istimewa dari Lunavie dan di dalamnya terkandung alat keselamatan yang mommy hendak cari. Alhamdulillah. Lunavie betul-betul memenuhi kehendak mommy.
Slider Lock
Mommy memerlukan slider lock untuk mengunci semua pintu almari terutamanya yang mengandungi barangan mudah pecah dan tajam seperti pinggan, mangkuk, gelas dan juga untuk mengelakkan kain baju jadi tempat mainan anak kecil seperti Aisy.Slider Lock |
Pastu mommy nampak almari baju abang ammar yang rendah dan boleh jadi tempat Aisy memunggah dan bersembunyi. Maka, selamat sudah baju abang Ammar dari kena punggah.
Nasib baiklah ada plug protector dari Lunavie. Walaupun Aisy main plug tapi dia tak boleh sambungkannya. Jadi, lebih selamat dan bahaya renjatan elektrik dapat di elakkan.
Plug Protector
Nampakkan gambar kat atas tadi yang aisy memanjat kabinet dapur dan main plug. Tu sebab mommy selalu cabut plug barangan elektrik. Tapi sel-sel otak Aisy terlebih berhubung. Mommy dah cabut plug, dia akan cuba pasang balik. Bahaya!
Plug Cover |
Corner Protector
Pernah terjadi tak, anak sedang berlari dan berkejaran kemudian terhantuk di bucu meja. Pernahkan? Aisy pun dan dua tiga kali terhantuk di bucu meja. Nasib baik tidak luka dan berdarah. Mungkin masa tu hantukan tidak kuat. Kalau kuat? Mungkin akan berdarah dan luka dalam yang terpaksa di jahit serta meninggalkan parut.
Corner Protector |
Taraaa! pasang camni tapi belum kemas lagi tu sebab mommy tak letak double side tape. Stok kat rumah dah habis. Bila letak double side tape, corner protector ni akan lebih kemas dan susah untuk di tanggalkan.
Nampak dan fahamkan tentang bebelan mommy tentang alat keselamatan di rumah. Nampak remeh tapi ia menjamin keselamatan anak-anak kecil yang tidak faham erti bahaya. Jadi, mommy syorkan pada ibubapa yang peka dan pentingkan keselamatan anak, beli dan guna alat keselamatan di rumah. Bahaya tidak dapat di jangka, boleh berlaku bila-bila saja.
Untuk pembelian, pertanyaan dan juga tips keselamatan.. Boleh hubungi dan layari:
Untuk pembelian, pertanyaan dan juga tips keselamatan.. Boleh hubungi dan layari:
LUNAVIE
Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur
Telefon : 03-9057 2661
Email : info@lunavie.com
Website : www.lunavie.com
Facebook : www.facebook.com/mylunavie
Instagram : @lunavie_com
thanks mummy for good info ni
ReplyDelete