loading...

24 Dis 2015

# Review

Sarapan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum wbt.

Fuhhh! Lama dah tak buat entry pasal makanan. Bukan tak masak tapi tidak berkesempatan nak ambil gambar. Faham-faham la time cuti sekolah. Handphone banyak kat anak-anak.

Minggu lepas bertugas di bayan baru. Seronok tau kalau bertugas di Bayan Baru sebab senang nak makan dan pelbagai jenis pilihan. Tak jauh pun dari TM Point Bayan Baru.. seberang jalan ja. Astaka atau food court market Bayan Baru.

Selalunya kat sini makan nasi kandar sedap yang ada sejak zaman sekolah lagi...  Tetiba minggu lepas terpandang nasi kukus ayam goreng berempah. Macam menarik dan harus di cuba. So, orderlah sepinggan. Harga RM 5.50.  Nasi semangkuk, ayam goreng berempah, sedikit timun sebagai ulam dan sambal belacan.

Nasi kukus ayam goreng berempah

Rasa? Alhamdulillah sedap dan kena ngan tekak aku. So, next time boleh mai lagi...

2 ulasan:

Amanda Suria berkata...

Bila sedap pasti akan repeat kan....

Inani Hazwani berkata...

Sedapnyaaa :D

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292