Kena Guna Krim Pelindung Matahari Rupanya - Cahaya Hayati

4 Dis 2015

Kena Guna Krim Pelindung Matahari Rupanya

Hari senin lepas, mommy bawa Aisya & Ammar pergi klinik untuk mengambil ubat bagi rawatan resdung. Di sebabkan mommy tengok mood doktor tu macam okay saja.. mommy pun tanyalah doktor tu macam mana nak hilangkan pigment/ jeragat/ melasma kat pipi ni. Mommy ni cetek pengetahuan sikit bab-bab kecantikan ni.

Dengan tengok saja, doktor tu bagitau.. ni mesti jadi selepas melahirkan anak. huhu.. betul sangatlah tu doktor. 

So, doktor pun cadangkan pakai produk ni. Beli dari klinik. Mahal weiii! Parah beg duit mommy. Pejam mata sebab nak cantik punya pasal. 

sun sense, krim pelindung matahari, sun sense, jeragat, melasma, pigmentasi kulit muka, cara merawat pigmentasi, cara merawat jeragat, sun protector, sun screen, sebab-sebab terjadi melasma, sebab-sebab terjadi jeragat, sebab-sebab terjadi pigmentasi kulit muka, rawatan jeragat, rawatan pigmentasi kulit muka, cantik, produk kecantikan
Krim Pelindung Matahari

Doktor tu kata, nak hilangkan terus melasma ni tak boleh cuma boleh kurang dan ia ambil masa. Dengan menggunakan krim pelindung matahari ni, ia boleh beri kulit menjadi sekata kembali.

Wajib di gunakan 2 kali sehari. Dengan menggunakan krim pelindung matahari ini, sinaran UV dapat di halang dari membentuk pigmentasi yang baru dan mengurangkan pigmentasi yang sedia ada. 

Sebab-Sebab Terjadinya Pigmentasi


Pigmentasi kulit atau melasma, boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh, terutama di kawasan muka wajah akibat sinaran UV yang tidak bertapis. Selain terdedah dengan pancaran matahari, melasma juga dapat terjadi akibat pengambilan ubat  hormon seperti ubat pencegah kehamilan. Kesan hitam juga timbul akibat bekas adanya jerawat, pemakaian ubat antibiotik, anti-epilepsi dan anti-peradangan.

Pemakaian kosmetik yang kemungkinan besar mengandung merkuri, hidrokuinon dan asam salisilat juga dapat membuatkan pigmentasi pada kulit wajah. Kerana apabila digunakan terus menerus, ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sangat sensitif terhadap pancaran matahari.

Apabila kulit menjadi nipis dan semakin berumur (tua) ia tidak mampu lagi menghasilkan pigmen kulit yang baru, oleh itu pigmen kulit lama yang telah mati dan tidak dapat diperbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-tombok pada kulit wajah. Semakin lama pigmen kulit yang mati akan menjadi banyak. Itu sebabnya kenapa pigmentasi pasa asalnya hanya sedikit sahaja di permukaan wajah akan merebak dan menjadi besar jika tidak membuat apa-apa tindakan untuk mencegahnya.

Secara amnya, pigmentasi di sebabkan oleh perkara berikut:-
  • Terdedah kepada cahaya matahari terik.
  • Penggunaan Hormone. Contohnya Pil perancang.
  • Penggunaan kosmetik / Rawatan kulit tidak sesuai.
  • Keturunan.

Bolehkan Pigmentasi Dihilangkan?


Pigmentasi yang telah menjadi hitam tidak mampu dihilangkan oleh mana-mana produk kecantikan. Dengan penggunaan laser sekalipun pigmentasi tidak mampu dihilangkan. Namun kawasan gelap pigmentasi hanya boleh dirawat dan dicerahkan sama rata dengan kecerahan kulit asal jika menggunakan produk kecantikan yang betul dan selamat.

Rawatan untuk melasma


Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama, untuk mengeluarkan pigmen yang sedia ada dan kedua, adalah untuk menghalang dari pigmen baru terbentuk. 

Jadi penggunaan krim pelindung matahari amat sesuai untuk meghalang dan memudarkan melasma/jeragat.

Jadi kepada yang masih muda belia tu, sila amalkan penggunaan krim pelindung matahari. In Sha Allah kulit muka korang takkan kena sinaran UV yang mengakibatkan pembetukkan jeragat/melasma.

3 ulasan:

  1. ooo...camtu yer....nanti kita tengok perubahannya..

    BalasPadam
  2. memang penting krim2 ni..kalau dah kena pigmentasi memang payah nak hilang...nak cerahkan pun amik masa yang lama dan kena sabar

    BalasPadam