GST ooo GST - Cahaya Hayati

24 Mac 2015

GST ooo GST

Topik hangat la ni... Lagi 7 hari GST akan di lancarkan.

Dengar khabar ramai yang pakat borong barang keperluan harian. Pasaraya penuh ja...
Tertanya gak.. stok tu leh simpan setahun ke? Macam tak ja...

Bagi Cik Ti la... Lagi banyak stok kat rumah, lagi banyak kita guna... or tak guna. Tengok2 dah expired. Rugiiii. Kalau guna takdak la rugi sangat...

Bagi Cik Ti, pembelian hanyalah kepada barangan yang benar2 nak guna... Setiap minggu ke pasar malam atau pasar pagi untuk stok bahan mentah. Bagi stok barang kering pula, pembelian di pasaraya hanya di buat sebulan sekali...

GST? Apa yang cik ti faham... setakat training oleh tempat cik ti mencari rezeki adalah menggantikan government tax 6%. So, takdak perbezaan pun. Yang berbeza adalah nama tax tersebut... Kalau kat company lain... Cik Ti tak pasti pula.

Untuk  GST ni, Cik Ti lebih suka tunggu dan lihat... Nak tulis banyak pun, benda yang tak nampak dan belum di lancarkan lagi.. Yang ada hanyalah pendapat peribadi individu... Percaya atau tak, terpulanglah kepada individu tersebut.

So, berbelanjalah secara berhemah dan lebihkan peratus simpanan.