Aiskrim & Ice Blended Strawberry - Cahaya Hayati

23 Mac 2015

Aiskrim & Ice Blended Strawberry

Assalamualaikum wbt.

Update cerita short vacay.

Bertolak dari Kulim jam 8.30 pagi.. Biasa lah bila ada anak kecik. Plan nak bertolak jam 8.00 pagi tetapi terlewat 30 minit.. huhu. Time management yang gagal.

Dalam perjalanan singgah makan nasi lemak sedap di Taiping ( dekat kem askar Taiping). Encik suami nak jadikan percutian kali ini percutian yang berkonsep jalan-jalan cari makan.. Memenuhi selera di dalam perjalanan.

Gambar nasi lemak takde sebab tak sempat nak snap... lapaqqq!

9.30 keluar dari Taiping.. Terus ke Cameron. Sampai dalam kol 12 tengahari. Nak check in tak boleh lagi... so, jejalan dulu di Al Mashoor Taman Sedia. Di Al Mashoor ni disediakan cafe yang menjual ais krim, ais blended, kek, jelly dan lain-lain produk yang berasaskan strawberi.

Di sini kami mencuba ais krim dan ais blended strawberry. SEDAP! Rasa strawberry yang fresh dan manis...

Aiskrim strawberry
Panas-panas ni memang sedap kalau dapat dedua ais ni... Cer tengok si Aisya menikmati ais blended ni. Terus teringat rasa ais blended tu...

sedapnyerrr...

awww sejukkkkk!

t
best!
Memang boleh letak dalam senarai tempat persinggahan kalau ke cameron. In sha Allah halal dan di miliki oleh 100% orang islam.