Menjadi usahawan berjaya memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Jika sukar untuk disiplinkan diri, sudah tentu kita perlu seseorang untuk mengawal kita. Umpama kita ke sekolah, jika guru tidak mendidik dan mengawal kita, pasti kita takkan disiplin bukan?
Begitu juga dengan bisnes. Sama ada bisnes secara online mahupun secara offline, keduanya sangat penting untuk kita mempunyai sikap orang berjaya.
10 Sikap Usahawan Berjaya
- Tidak bertangguh kerja, berusaha siapkan sesuatu dengan segera
- Menjadi masa dan tidak biarkan setiap saat berlalu dengan perkara yang tidak berfaedah
- Tidak putus asa walaupun pelbagai cabaran yang datang
- Sentiasa konsisten dalam setiap perkara yang dilakukan
- Bersungguh-sungguh dan tidak hangat-hangat tahi ayam
- Mempunyai matlamat diri dan perniagaan
- Tidak pedulikan haters
- Mempunyai big why yang sangat kuat
- Mempunyai kumpulan circle yang positif
- Mempunyai mentor dan guru yang berjaya
Apakah yang menyebabkan seseorang itu berjaya?
Sikap atau Adab / Attitude adalah perkara utama seseorang itu berjaya. Seterusnya barulah ilmu dan guru. Ramai usahawan di luar sana yang tersalah tafsir lebih pentingkan perkara yang ada di depan mata, sedangkan perkara utama yang perlu diubah dahulu adalah diri sendiri dan fikiran.
Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengasas RichWorks International Sdn Bhd, “Kalau datanglah guru berkepak turun dari langit macam mana sekalipun, jika diri sendiri dan mindset yang tidak betul dan bersungguh-sungguh, semuanya takkan berhasil”.
Dari biasa-biasa jika penuh disiplin dan bersungguh-sungguh buat perkara sepatutnya untuk berjaya, pasti akan berjaya. Ia telah terbukti pada isnin lalu di Majlis makan malam sempena Hari Lahir Datuk K.
Makan Malam Datuk K Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Isnin lepas, Datuk K bersama keluarganya telah mengadakan makan malam bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kata Datuk K, makan malam ini sangat istimewa kerana beliau sendiri menjemput Datuk Wira makan malam di rumahnya dan bukan di luar.
Kenapa beriya sangat Datuk K ingin berjumpa Datuk Wira. Rupanya segala terjawab di video yang telah mendapat tontonan hampir 15,000 dalam masa beberapa jam dimuat naik ke akaun Instagram Asyraf Khalid, anak Datuk K.
Perubahan Menyeluruh Asyraf Disebabkan Azizan Osman
Datuk K mendedahkan perubahan anaknya Asyraf adalah disebabkan oleh Datuk Wira sendiri sebagai mentor usahawan Asyraf. Perkembangan terkini Asyraf yang boleh diringkaskan adalah beliau kini telah dibimbing oleh Datuk Wira dan telah berjaya dalam perniagaan serta kehidupannya. Kejayaan yang besar ini berlaku dalam 3 tahun sahaja. Amat menakjubkan!
Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini membongkarkan big why yang dipegang selama ini adalah ingin membanggakan bapa dan keluarganya. Rasa syukur juga diluahkan beliau kerana bermula dari bawah dan kini berada di tahap sekarang.
Syukur Dan Berubah Sikap
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”
Dahulu, Asyraf merupakan seorang yang boleh dikatakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapa nya malah sering merasa tidak layak berjaya. Setelah Dr Azizan Osman ubah sikap usahawan ini, terapkan fikiran yang positif Alhamdulilah Asyraf telah berubah menjadi seorang yang sangat positif dan berjaya.
Asyraf juga sangat lega apabila Datuk K makin melihat kejayaan yang dikecapi beliau, malah sangat bersyukur kerana Datuk K sendiri meluahkan perasaan beliau kepada mentornya buat pertama kali.
Berterima Kasih Akan Bimbingan
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”
Bagi Asyraf, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan sahaja mentor yang membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik juga termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama tuhan.
Menjadi Lebih Baik Dalam Lingkungan Anak Didik RichWorks
Asyraf memberitahu juga bahawa walaupun ramai anak didik RichWorks telah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit, tetapi masing-masing mempunyai nilai yang baik dan itu membuatkan beliau turut ingin menjadi lebih baik lagi.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujar Asyraf.
Cara Azizan Osman Bimbing Usahawan - Dari Pandangan Datuk K
Semua orang masing-masing ada pendapat sendiri berkaitan dengan mentor usahawan terbaik Malaysia ini. Begitu juga dengan Datuk K. Bagi Datuk K, Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai kebolehan hebat dalam melahirkan usahawan jutawan. Datuk K juga berkongsi akan perasaan terujanya.
Gembira Datuk K bertemu Datuk Wira pada malam tersebut. Dalam ucapan itu juga, turut ditujukan kepada usahawan berjaya agar tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.
Usahawan perlu ada sikap humble, barulah mudah untuk berjaya dan tidak terleka. Tambahan lagi, usahawan berjaya perlu ada prihatin terhadap orang lain, bantu mereka yang juga ingin berjaya.
Kesimpulannya, sudah terbukti Dr Azizan Osman Ubah Sikap Usahawan apabila telah berjaya mengubah sikap Asyraf dan dikisahkan oleh bapanya sendiri, Datuk K.
No comments:
Post a Comment