10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan - Cahaya Hayati

12 Feb 2022

10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan

10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan | Ketika ditanya tentang apa cabaran bisnes buat usahawan pada zaman sekarang, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada berkongsi 10 perspektif cabaran yang usahawan alami. 


Cabaran-cabaran di tahun 2022 ini ternyata sangat membimbangkan. Keadaan waktu ini tidak sama dengan sebelum-sebelumnya.


Sedikit Info Mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman


Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang pengasas Bagi Richworks International Sdn Bhd. Beliau adalah pakar Pemasaran no 1 Di Asia Tenggara. Beliau komited membantu usahawan sejak tahun 2008 lagi melalui kelas Dan seminar virtual online.


Datuk Wira Dr Azizan Osman telah lama berkecimpungan dalam dunia perniagaan dan telah berjaya membantu ramai usahawan menjadi jutawan bermula dari zero. 


10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Usahawan Bimbingan RichWorks, Program Live Session Richworks


Isu Kenaikan Harga Barang


Semuanya pasti Akan dilalui oleh usahawan sepanjang proses berbisnes. Namun, terpapar di dada akhbar akan kenaikan harga barang terutamanya dalam industri makanan dan bahan mentah.


Datuk Wira berkongsi yang beliau juga telah melihat akan trend kenaikan harga barang dan kesannya kepada para usahawan. 


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Usahawan Bimbingan RichWorks, Program Live Session Richworks

10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Usahawan Bimbingan RichWorks, Program Live Session Richworks


Isu Syarikat Besar Tiada Matlamat



Datuk Wira Dr Azizan Osman juga berkongsi Akan kisah perbualannya dengan kumpulan pemilik bisnes berbangsa Cina.

Rupanya tidak semua syarikat besar mempunyai matlamat yang jelas. Ada syarikat di luar sana yang tidak tahu apa Yang perlu mereka lakukan untuk mengembangkan perniagaan.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Usahawan Bimbingan RichWorks, Program Live Session Richworks


Pemasaran Yang Sama, Takkan Dapat Hasil Yang Lebih



Hasil Pemasaran yang sama akan memberi hasil yang sama. Anda takkan dapat hasil yang berbeza dan lebih baik jika buat tindakan yang sama.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Usahawan Bimbingan RichWorks 


Titanium adalah salah satu circle usahawan dalam program bimbingan RichWorks. Mereka telah dibimbing hebat dari biasa sehingga bergelar usahawan jutawan. 


Sebagai contoh, jenama yang telah mencapai jualan jutaan dalam titanium adalah Sabella, Hasnuri Dan juga Eskayvie. Kebanyakan jenama usahawan yang anda lihat di billboard tepi highway adalah dari Richworks.

10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Usahawan Bimbingan RichWorks, Program Live Session Richworks


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.


Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman



10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Usahawan Bimbingan RichWorks, Program Live Session Richworks


Datuk Wira Dr Azizan Osman Akan mengadakan sesi live voice chat Telegram bersama usahawan-usahawan. Perbincangan adalah berkaitan 10 cabaran bisnes usahawan selepas pandemik dan pada tahun 2022.


Mari kita join beramai-ramai untuk manfaat diri masing-masing. Walau bukan dikalangan orang bisnes sendiri, masih boleh sertai untuk tambah ilmu berkaitan keadaan pasaran semasa. 


Join saluran Telegram Azizan Osman Official untuk bantu diri sendiri. 



No comments:

Post a Comment