A'Bloom Produk Terbaru Althea Yang Comel Dan Harus Dicuba - Cahaya Hayati

17 May 2019

A'Bloom Produk Terbaru Althea Yang Comel Dan Harus Dicuba

Hai korang. Althea keluarkan lagi produk baru tapi kali ini paling comel. Tak sabar nak guna tapi sayang nak guna pun hado sebab comel sangat. Hihi... Korang pernah tak shopping di Althea? Confirm pernah kan? Bila last korang shopping? Tahu tak sekarang Althea dah ada produk baru iaitu A'Bloom. Ya Allah comel sangat packaging ! So, kalau nak tahu tentang Althea A'Bloom ni dengan lebih lanjut, korang baca sampai habis tau..

A'Bloom, Althea A'Bloom,
A'Bloom Produk Terbaru Althea Yang Comel Dan Harus Dicuba

Althea A'Bloom

Untuk koleksi Althea A'Bloom terdapat 4 jenis produk iaitu  A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Mask sheet (ada 4 variasi), A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs. Jom tengok details setiap produk ni.

A'bloom BHA Blackhead Blaster

A'bloom BHA Blackhead Blaster merupakan blackhead/whitehead removal dalam bentuk stik putar. Ia adalah blackhead/whitehead removal stik yang pertama yang menggunakan Natural BHA ( White Willow Bark Extract 5,000ppm ) sebagai kandungan utama. Kandungan White Willow Bark membantu untuk mengeluarkan blackhead/whitehead, menyingkirkan sel kulit mati dan sebum yang berlebihan tanpa menyakitkan kulit. 

Althea A'Bloom
A'bloom BHA Blackhead Blaster

Close Up A'bloom BHA Blackhead Blaster

Kandungan lain yang ada dalam A'bloom BHA Blackhead Blaster adalah serbuk arang, apricot seed dan tea tree leaf oil. Kandungan ini membantu untuk scrub muka tanpa rasa rengsa atau memberi kesan yang menyakitkan. Tekstur A'bloom BHA Blackhead Blaster ini sangat ringan dan sesuai untuk mereka yang jenis kulit berminyak atau kombinasi.

A'bloom BHA Blackhead Blaster
A'bloom BHA Blackhead Blaster - si hitam yang membersihkan

Cara Penggunaan A'bloom BHA Blackhead Blaster


Terdapat 2 cara untuk menggunakan A'bloom BHA Blackhead Blaster ini iaitu :-

  • Exfoliation & sebum wash off pack
  • Body Scrub

Cara menggunakannya sangat mudah dan senang sekali. 

1. Cuci muka supaya bersih daripada makeup. Untuk lebih berkesan, gunakan towel panas dan letak pada muka untuk membuka liang pori. Ia juga untuk memudahkan pengeluaran blackhead/whitehead. 

2. Gosokkan A'bloom BHA Blackhead Blaster di kawasan yang ada blackhead/whitehead.



3. Bilas dengan air suam. 

4. Guna setiap hari untuk kesan lebih efektif. 


Harga : RM 16


My Review: Sepanjang menggunakan A'bloom BHA Blackhead Blaster ni, whitehead mommy masih ada lagi tapi dah berkurang. Mungkin jika guna dengan konsisten dan berpanjangan mungkin blackhead/whitehead akan hilang. Paling best bila guna ni, kulit akan rasa lembap dan kurang berminyak. 


A'bloom Mask sheet


Kalau pergi Korea, tak borong mask kat sana memang tak sah. Wajib beli dan wajib bawa balik sebagai ole-ole. Tapi yang tak pergi, korang boleh beli melalui website Althea. Lagi mudah dan jimattt. Hahaha.. Disebabkan cuaca yang tak menentu di Malaysia, wajib guna mask setiap hari sebab mask umpama makanan untuk wajah. Sebab itulah wajib pakai mask setiap hari.

Seperti yang kita ketahui, setiap mask berbeza fungsinya dan ia bergantung kepada kandungan mask tersebut. Disebabkan itu, Althea telah keluarkan 4 jenis A'Bloom Mask Sheet aiitu:-

A'bloom Mask sheet
A'bloom Mask sheet

  •  A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water - Me - Long )
  •  A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparkle-Me-Bright)
  •  A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
  •  A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)

A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water - Me - Long )

A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water - Me - Long )
A'Bloom Water - Me - Long 

Water-Me-Long adalah mask yang di hasilkan dari ekstrak buah tembikai. Kandungan buah tembikai ini membantu mengurangkan penghidratan dan memberi kelembapan yang berpanjangan. Selain dari buah tembikai, ia juga mengandungi ekstrak lavendar yang membantu menenangkan kulit dan memberi keselesaan serta bau wangi apabila menggunakannya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.

A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparkle-Me-Bright)

A'bloom Sparkle-Me-Bright

Sparkle-Me-Bright adalah mask yang dihasilkan dari ekstrak lemon. Ekstrak lemon ini membantu untuk memudarkan bintik hitam dan mencerahkan kulit. Ini kerana lemon mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. 

Selain dari ekstrak lemon, mask Sparkle-Me-Bright juga mengandungi ekstrak teh hijau untuk menenangkan kulit. Ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi. 

 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)

A'bloom Ac-Me-Peach

Ac-Me-Peach adalah mask yang dihasilkan daripada ekstrak buah peach. Mask ini adalah untuk merawat dan melegakan kulit yang sensitif. Selain dari ekstrak buah Peach, mask ini juga mengandungi ekstrak minyak daun teh yang membantu untuk mengawal pengeluaran minyak, menenangkan kulit serta mengekalkan kelembapan. Campuran kedua-dua bahan ini menjadikan kulit lebih bersih, halus dan lembut. 

Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan sensitif. 

A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)

A'bloom Avo-Cuddle-Me

Avo-Cuddle-Me adalah mask yang dihasilkan daripada ekstrak buah Avocado. Buah Avocado sangat kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari cuaca atau alam sekitar. Selain itu, ia juga dapat mencegah kedutan. Bahan lain yang terdapat dalam mask ini adalah bunga raya yang membantu kulit lebih lembut dan bersinar. 

Harga yang ditawarkan adalah RM2 sekeping atau secara pukal RM 15 untuk 10 keping mask.


Dah cuba Sparkle-Me-Bright 


My Review : Kesemua mask ini sangat best sebab setiap satu memberikan hasil seperti yang dinyatakan dalam fungsi mask-mask ini. Rasa nak beli tambah lagi buat stok kat rumah. Almaklumlah murah sangat jika dibeli secara pukal. 


A'bloom Giant Meringue Puff


Alahai naper comel sangat A'bloom Giant Meringue Puff ni. Rasa nak simpan saja... First time mommy guna puff ni sebab sebelum ni biasa guna berus dan sponge biasa saja untuk meratakan foundation.

A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Giant Meringue Puff

A'bloom Giant Meringue Puff ni bersaiz besar dan boleh mengembang 1.5 kali apabila dibasahkan. Jadi boleh membantu mempercepatkan proses make up bagi kawasan yang luas seperti pipi, dahi dan dagu. 

Terdapat 2 cara untuk menggunakan puff ini iaitu:-

1. Untuk kesan matte - gunakan puff ini secara kering saja. 
2. Untuk kesan moist/glossy atau dewy - basahkan puff dan perah puff ini sebelum guna. 





Harga yang ditawarkan adalah RM 8 setiap satu puff


A'bloom Baby Meringue Puff


Yang ini lagi comel. Sebab itu ia dinamakan baby. Sampai terasa nak makan. Hahaha... 

Baby puff ni sama saja fungsi ia dengan giant puff. Cuma, ia sesuai untuk digunakan untuk meratakan foundation di kawasan yang berhampiran dengan mata, kelopak mata, tepi dan bawah hidung serta sekitar bibir.

A'bloom Baby Meringue Puff
A'bloom Baby Meringue Puff

Cara guna Baby Puff ni pun sama saja dengan Giant Puff. Boleh di gunakan secara kering atau dibasahkan.

A'bloom Baby Meringue Puff boleh digunakan secara kering atau basah

Harga : RM 11 per set

My Review - Giant dan Baby Puff : Mommy lebih prefer penggunaan secara basah sebab lebih senang nak ratakan foundation. Hasil pun lebih cantik dan puff pun tak rasa kesat. Apa-apapun Giant dan Baby puff ni memang best dan sangat recommended untuk korang beli. 

Amacam terpikat tak? Jom shopping di Althea

3 comments:

  1. tengok semua orang update produk terbaru althea ni...
    nampak banyak yg positif..kena cuba juga ni

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah.. 1st time datang sini done follow blog.. jemput follow blog saya juga.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Wah menarik betul semua produk A'bloom ni...best

    ReplyDelete