Sumpah Cintaku dan kasih OST Drama Titian Cinta ~ tergiang-giang di telinga mommy dua OST titian Cinta. Terasa dekat dengan drama dan buat mommy teremosi pula dengan lakonan Zul Arifin. Rasa cam nak 'pang' kuat-kuat. Tapi dalam tak sedar, situasi yang di hadapi oleh Aisy memang wujud dalam kehidupan kita cuma di hadapi oleh insan lain. Semoga insan yang berada dalam situasi Aisy tu tabah dan terus kuat meneruskan hidup di dunia.
Kalau dalam drama ini, si lelaki berubah dan menyesal serta menghargai isteri... Tapi berapa ramaikah dalam realiti, lelaki berubah kerana cinta? Rasanya boleh bilang dengan jari... ramai yang tak kuat untuk berubah. Kecuali dia berubah mencintai yang SATU terlebih dahulu.
Oklah tak payah nak feling lebih-lebih. Jom layan OST Titian Cinta dan Drama Titian Cinta pada jam 7 setiap hari isnin sehingga khamis. Dah masuk episod 10 hari ini.
huhuhu sempat tonton kat youtube jer, huhu
ReplyDeletebest lagu dia
ReplyDelete