Minyak Yu Yee Cap Limau | Minyak Warisan Dan Serbaguna - Cahaya Hayati

8 Jun 2017

Minyak Yu Yee Cap Limau | Minyak Warisan Dan Serbaguna

Minyak Yu Yee Cap Limau | Minyak Warisan Dan Serbaguna ~ Bercerita tentang masalah bayi dengan rakan sepejabat terus teringat Minyak Yu Yee Cap Limau. Ada yang kata beli minyak ni serasi, beli minyak tu la... Tapi kalau tanya dengan mereka yang berpengalaman terutamanya senior-senior di pejabat mereka lebih suka dan mencadangkan Minyak Yu Yee Cap Limau. Dok guna lama dah dan takdak masalah kata depa. 

Betul tu dan mommy pun dok guna sejak anak pertama lagi. Pelbagai guna tau Minyak Yu Yee Cap Limau ni. Tak perlu ragu-ragu nak guna sebab ia telah disahkan HALAL oleh Jakim. Boleh check di laman web Jakim.


MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Minyak Yu Yee Cap Limau adalah minyak warisan dan serbaguna. Ia telah diperbuat dan diperkenalkan sejak tahun 1860 lagi. Fuhhh lamanya. Minyak Yu Yee Cap Limau di perbuat daripada Peppermint Oil (36.0% w/v), Clove Oil (2.6% w/v), Nutmeg Oil (0.6% w/v) dan lain-lain lagi. 

Penggunaan Peppermint Oil dalam Minyak Yu Yee Cap Limau memberi rasa dingin dan keselesaan apabila digunakan. Patutlah bila sakit kepala sapu kat dahi rasa dingin panas dan selesa. 

Minyak Yu Yee Cap Limau,Minyak Yu Yee Cap Limau | Minyak Warisan Dan Serbaguna. minyak yu yee cap limau, minyak yu yee, minyak angin, minyak untuk bayi, kegunaan minyak yu yee, cara menggunakan minyak yu yee, rawat kembung perut bayi, rawat tangisan bayi di tengah malam, kegunaan minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yang paling sesuai untuk bayi, minyak bayi, minyak telon,
Minyak Yu Yee Cap Limau

KEGUNAAN MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Kebanyakan kita tahu Minyak Yu Yee hanya untuk kembung perut, pening dan sakit kepala. Sebenarnya ia ada kegunaan lain antaranya:
  • Kembung/ sakit/ ketidakselesaan perut
  • Pening Kepala
  • Sakit Kepala
  • Selsema dan Batuk
  • Gigitan Serangga
  • Melegakan Otot & Sendi
  • Meredakan kegatalan
  • Memberi kesegaran



Minyak Yu Yee Cap Limau,Minyak Yu Yee Cap Limau | Minyak Warisan Dan Serbaguna. minyak yu yee cap limau, minyak yu yee, minyak angin, minyak untuk bayi, kegunaan minyak yu yee, cara menggunakan minyak yu yee, rawat kembung perut bayi, rawat tangisan bayi di tengah malam, kegunaan minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yang paling sesuai untuk bayi, minyak bayi, minyak telon,
minyak yu yee cap limau 10 ml

Cara Menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau

Cara menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau adalah senang sekali. 
  • Untuk sakit dan pening kepala, sapu di bahagian dahi dan tengkuk. Urut sebentar sehingga minyak serap ke dalam kulit atau rasa sakit reda. 
  • Bagi melegakan sakit perut, kembung dan ketidakselesaan perut - sapukan Minyak Yu Yee di sekitar perut. Confirm dalam 5 minit anda akan rasa lega dan buang angin. hihi
  • Untuk selsema dan batuk, sapukan Minyak Yu Yee di hidung, leher dan dada. Ulang langkah ini 3-4 kali sehari.
  • Jika terkena gigitan serangga seperti nyamuk, cepat-cepat sapukan Minyak Yu Yee agar rasa gatal tersebut tidak terasa.
  • Melegakan Otot Dan sendi - Otot dan sendi akan lenguh-lenguh, sakit apabila kita membuat kerja-kerja berat. Redakannya dengan menyapu Minyak Yu Yee dan urutan ringan di tempat yang sakit. 

Untuk bayi pula, kita di galakkan menyapu Minyak Yu Yee di dada, belakang, perut dan tapak kaki setiap kali selepas mandi. Cara ini adalah untuk mengelakkan bayi dari terkena selsema, batuk dan kembung perut. Selain itu, ia memberi keselesaan kepada bayi untuk tidur lebih nyenyak. 

Walaubagaimanapun Minyak Yu Yee ini ada pelbagai kegunaan lain. Mungkin korang boleh share apa kegunaan tersebut. :D


Minyak Yu Yee Cap Limau,Minyak Yu Yee Cap Limau | Minyak Warisan Dan Serbaguna. minyak yu yee cap limau, minyak yu yee, minyak angin, minyak untuk bayi, kegunaan minyak yu yee, cara menggunakan minyak yu yee, rawat kembung perut bayi, rawat tangisan bayi di tengah malam, kegunaan minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yang paling sesuai untuk bayi, minyak bayi, minyak telon,
Aisy batuk dan selsema. Sapu Minyak Yu Yee Cap Limau baru boleh tidur dengan selesa

Minyak Yu Yee Cap Limau didatangkan dalam 2 saiz iaitu 10ml dan 48ml. Saiz yang mommy pegang tu adalah 10 ml. Mommy lebih suka 10 ml sebab senang nak bawa dan simpan dalam beg makeup atau handbag. 

Minyak Yu Yee Cap Limau ni boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya dan juga kedai runcit terpilih. Jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Minyak Yu Yee Cap Limau ni, bolehlah layari Facebook Minyak Yu Yee Cap Limau seperti di bawah.



2064

2 comments:

  1. betul tu Nao Mei. Saya guna untuk anak-anak bila mereka batuk tengah malam.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try minyak yu yee ni...Selalu kalau pening kepala, mesti cari minyak cap kapak..Boleh la cuba nnti..Duk ingat minyak ni untuk baby je..ngeee

    ReplyDelete