Mak Siti Seafood Hanya Di Bulan Ramadhan - Cahaya Hayati

6 Jun 2017

Mak Siti Seafood Hanya Di Bulan Ramadhan

Malam minggu lepas, berkesempatan mengikut encik suami dan kawan-kawannya ke Mak Siti Seafood yang hanya buka sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Mak Siti Seafood hanya meniaga sebulan tapi untung untuk setahun. Betul ke? Iyer betul... 

kerang Mak Siti
Mak Siti Seafood

Terdapat pelbagai jenis seafood yang di sajikan. Ada yang pernah mommy makan dan ada yang tak pernah makan dan tengok.

Mak Siti Seafood
Nasib baik dapat meja...  hahaha

Sebelum pergi, kawan suami telah booking terlebih dahulu. Nasib baik kami book, kalau tak memang balik sebab tak sanggup nak tunggu dan mencari meja kosong. Ramai peminat Mak Siti Seafood sehinggakan jika di lihat dar jauh, seperti kenduri kahwin. Hihi. 

Kerang mak siti
Kami menikmati seafood dan laksa yang di order... 


Kerang Mak siti
Ramaikan?

Antara menu yang di sediakan oleh Mak Siti Seafood adalah seafood rebus ( boleh minta ala carte atau set di mana semua seafood dalam 1 bekas), laksa, bihun sup, rojak buah dan cucur udang. Yang pasti semuanya sedap-sedap belaka.

Kerang Mak Siti
Yang ada masa order jam 10.30 malam... 

Harga yang ditawarkan juga berpatutan kerana pada malam tersebut kami order 2 set mix seafood, 1 set cucur udang, 2 set rojak buah dan 8 laksa. Harga yang kami perlu bayar untuk 10 orang makan adalah rm160 saja. 

Oh yer, Mak Siti Seafood mula beroperasi dari jam 8.00 malam sehingga makanan habis dalam pukul 2-3 pagi macam tu.

Kerang Mak siti
pelbagai jenis seafood di sediakan...

Kerang Mak siti
Nampak biasa tapi sedap tau.

So, kalau nak pergi.. Silalah tempah seafood yang di ingini terlebih dahulu sebab seafood cepat habis. Rugilah kalau pergi tapi tak dapat merasa pelbagai jenis siput, kerang dan kepah. 

Okaylah untuk memudahkan korang, mommy share location. Senang korang nak pergi dan mencari mak siti seafood. 



Selamat menjamu selera yer...



1 comment:

  1. Hmmm,enak sekali,,tempat yang cocok untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete