Shopping Online di Hermo.my, Bayar Guna MOLPAY di 7ELEVEN - Cahaya Hayati

11 Sept 2016

Shopping Online di Hermo.my, Bayar Guna MOLPAY di 7ELEVEN

Assalamualaikum wbt. Shopping Online di Hermo.my,  Bayar Guna MOLPAY di 7ELEVEN

Mommy selalu shopping online tapi selalunya bayar melalui perbankkan internet atau internet banking. Tapi hari tu mommy tershopping dekat Hermo.my dan bila nak buat payment mommy tersangkut sebab baki kat bank dah takde sebab mommy dah transfer ke bank lain yang mommy tak buat internet banking. Mommy transfer ke sana bukan apa takut tershopping macam nilah...

Tapiii kannnn, kawan mommy yang keja 7ELEVEN (Malaysia) habaq yang mommy boleh bayar kat melalui MOLPAY di 7ELEVEN yang berdekatan. Jangan tak tau mommy ni dulu bekas store manager kat 7ELEVEN tu sebelum masuk company sekarang. So, sikit sebanyak tentang apa yang ada kat 7ELEVEN tu mommy tau la.

Apa Itu MOLPAY?

Hermo.my

MOLPAY adalah satu cara pembayaran pelbagai mata wang yang pertama di Asia Tenggara yang menerima tunai untuk pembelian dalam talian seperti Hermo.my. Penerimaan tunai ini melalui kedai-kedai fizikal seperti 7ELEVEN yang mempunyai cawangan di hampir setiap daerah. 

Boleh di katakan pembayaran melalui MOLPAY Cash adalah lebih senang, cepat dan mudah.

7eleven

Hermo.my 

Hermo.my adalah satu web shopping online yang menjual pelbagai barangan keperluan diri seperti make up, skincare, set mandian dan lain-lain. Semua barangan yang terdapat di Hermo.my adalah terdiri daripada pelbagai jenama dari Malaysia dan juga luar negara. 

Hermo.my\

Yang pasti harga yang di tawarkan di Hermo.my adalah berpatutan dan terdapat juga diskaun khas yang pasti membuat pembeli tersenyum dengan tawaran harga selepas diskaun tersebut. 

Hermo.my

Bagi yang tidak pernah buat bayaran mesti tertanya-tanya macam mana nak buat bayaran melalui MOLPAY kan. Okaylah mommy terangkan step by step.

First, masuk ke web Hermo.my dan pilih barangan yang kita nak beli. Dah pilih, terus proceed checkout.

MOLPAY Cash

Masa proceed checkout tu kita di minta pilih payment option.

MOLPAY Cash

Pilih pembayaran melalui 7ELEVEN tau.

MOLPAY Cash

Pastu akan auto pop out screen di bawah.

Hermo.my

Jangan lupa untuk klik T&C Hermo. my. Lepas tu baru klik proceed.

MOLPAY Cash

Bila dah proceed, akan appear screen resit yang ada verification code, transaction id dan jumlah bayaran. Boleh print screen resit ni. Jika tidak print pun takpa sebab Hermo akan email detail ini kepada email yang berdaftar dengan hermo.my.

MOLPAY Cash

Dah print resit hermo tadi, pergilah ke mana-mana 7ELEVEN yang berdekatan dengan tempat tinggal atau kerja anda. Bayaran mesti di buat dalam masa 48 jam. 

Beritahu staff / sales assistant yang bertugas bahawa anda ingin membuat bayaran melalui MOLPAY. Staff tersebut akan meminta bukti iaitu transaction id dan verification code.

MOLPAY Cash

Bayar jumlah yang korang shopping di Hermo.my tu.. Mommy shopping sikit saja. 

MOLPAY Cash

Selepas bayaran di buat, staff 7ELEVEN akan beri 2 resit iaitu resit 7ELEVEN dan resit MOLPAY. Jangan lupa simpan resit-resit ni.

Last sekali selepas bayaran di buat anda akan terima email dari Hermo.my yang menyatakan order telah confirm. Ini bermakna bayaran yang di buat telah di update kepada Hermo.my. So, tunggu barang yang mommy shopping sampai ke rumah sajalah.

MOLPAY Cash

Secara ringkasnya mommy boleh katakan bayaran melalui MOLPAY CASH adalah:
  • Mudah bagi yang ingin shopping online tapi tiada akaun perbankan internet atau kredit/debit card.
  • Senang kerana terdapat outlet 7ELEVEN di setiap daerah dan juga berdekatan dengan perumahan atau kawasan kerja anda. Selain itu, ia juga outlet yang beroperasi 24 jam. Anytime & anywhere.
  • Boleh di percayai kerana transaksi yang pantas dan resit bayaran yang di berikan untuk rujukan.

Maklumat lanjut tentang MOLPAY CASH ini boleh layari laman web MOLPAY iaitu http://www.molpay.com/v3/cash

Untuk pengunjung dan pembaca blog CAHAYA HAYATI, Mommy nak bagitau ada diskaun RM 5 untuk hangpa bagi setiap pembelian RM 60 (tidak termasuk kos penghantaran ) di Hermo.my. Guna kod kad bawah ni.

HMOLPAYCASH05 
Diskaun ini sah mulai 1 september-31 Disember 2016
Penggunaan sekali saja untuk setiap pembaca
tawaran tidak sah dengan kod promosi yang lain

2 comments:

  1. dah ode gak..mudah sangat

    ReplyDelete
  2. ooo mudah juga guna molpay ni yer.. info yg bgus ni.. terima kasih..

    ReplyDelete