Assalamualaikum wbt. Terputus hubungan profesional untuk sementara. huhu
Hi korang!
Hi korang!
Nak maklum yang smartphone OPPO F1 mommy rosak. Tak boleh nak berhubung secara profesional untuk sementara waktu yer. Sila kembali kepada zaman nokia 3310 atau email yer. Handphone dan laptop saja yang ada dengan mommy sekarang.
Semalam dah hantar ke kedai yang mommy beli. Kebetulan technician OPPO ada sekali, maka dia terus inform kena hantar ke service center OPPO di belakang Megamall Pinang. Ada part yang rosak dan perlu update software. Nasib baik warranty yang di beri adalah setahun. Bolehlah dapat ganti part yang rosak tu secara percuma.
Bila smartphone rosak, kerja-kerja part time mommy iaitu sebagai blogger terganggu sedikit sebab mommy hanya menggunakan kamera handphone untuk mengambil gambar. Kalau update pun nanti, hanyalah menggunakan gambar yang telah di up dalam fb, insta atau hasil carian dalam google.
Oklah korang, mommy nak sambung buat keja. Nak update tu ja.
Bye.
la yeke...
ReplyDeletesabar ya mommy...
nanti dah okey..Update...
hehe. tu lah bila semangat mengapdate ada, jadi macam ni pula.
Delete