Ride, Nasi Lemak, Coconut Shakes & Budak Merajuk - Cahaya Hayati

18 May 2016

Ride, Nasi Lemak, Coconut Shakes & Budak Merajuk

Assalamualaikum wbt. Ride, nasi lemak, coconut shake dan budak merajuk. Amboi tajuk bukan main lagi. Hik hik.

Ride? Bukan ride sebenarnya tapi membonceng ja. Encik suami bawa jalan-jalan naik motor baru dia ( dah 4 bulan, baru lagi ke?) sempena hari ibu. Dia kata nak bagi kelaianan sikit. Iyalah tu...

Gemuk betui perempuan dalam gambar ni. Bila nak kuruih ntah!
Destinasi jalan-jalan kami adalah ke Taiping sebab nak breakfast nasi lemak sedap di Taman Lake View Taiping. Bertolak dari rumah jam 9.00 pagi... Lambat keluar sebab banyak urusan yang perlu di selesaikan. Sampai di gerai nasi lemak tu jam 9.45 pagi. 

Pilihan incik suami
 Sampai lambat dan lauk pun dah habis. Makan saja apa yang ada...

pilihan aiii. telur puyuh, telur mata & ikan masin
Bukti dating berdua... 

sedap sebab tu tinggai bekas & tulang saja 

Lepas makan terus gerak balik Kulim. Balik awai sebab dah janji dengan Aisy nak pergi sekejap saja. Hikhik. Aisy tak kasi can mommy ngan daddy dia nak pi dating...

Balik tu kami singgah di D'Coconut Shake Kulim yang berhadapan dengan Lembah Impiana. Di kenali juga sebagai coconut shake Taman selasih.

Encik suami senyum dok baca komen kawan2 dia...
Tapi agak keciwa sebab order Aiskrim Nyok/ Kelapa tapi yang dapat air kelapa letak aiskrim di atasnya. huhu

Dah selesai minum, kami pun balik rumah... Dan dapat pandangan maut dari Aisy. Pandangan budak marah plus merajuk. hahaha.


Itulah ceritanya untuk entry ini.

Terima kasih ya kerana membaca. 

1 comment:

  1. Aisy jeles tak dapat ikut. Baguih tu sesekali dating berdua

    ReplyDelete