Kulim Food Republic - Cahaya Hayati

17 May 2016

Kulim Food Republic

Assalamualaikum wbt. Kulim Food Republic. Ni restoren western yang baru sebulan di buka. Penggemar western macam aku boleh lah terjah restoren ni. Harga dan rasa serta kuantiti memang berbaloi. 

Macam mana aku boleh tau tentang restoren ni? Anak dara aku la si Aisya tu asyik dok promote cakap ada kedai baru buka dan kawan dia kata sedappp. So, kami pun terjahlah... Tengok dari luar biasa2 ja.

Lokasi restoren ni adalah di belakang kedai Nasi lemak mummy. Betul2 belakang tu ja... So, jangan terlajak pula.

Kulim Food Republic
Today's special
Nilah keadaan sekeliling restoren tu. Rumah corner lot yang di jadikan restoren... Perhiasan, meja dan kerusi banyak menggunakan pallete. Susun atur kemas dan tak crowded sangat.

Kulim Food Republic

Dah order dan sementara tunggu makanan sampai, kita selfie dulu... Adatlah bloggerlah kannnn.

Kulim Food Republic
kakak Aisya & Ammar
Kakak Aisya sekarang dah pandai malu. Dah takmo di ambil gambar... ni pun mommy curi2 kandid.  Nasib baik nampak macam tengah posing. hihi.


Kulim Food Republic

Ni pula Aisy yang pantang nampak kamera. Macam2 mimik muka dia nak buat....

Kulim Food Republic

Haa! Dah sampai pun makanan.... Bagus service dia. Tak perlu tunggu lama-lama. Oklah bagi restoren/ kedai yang baru buka. 

Kulim Food Republic
Pasta

Ni yang aku order. Tak ingat nama apa tapi ada pasta la. Harga dia RM15.90 kot... Ayam besar dan sphagetti tu banyak. Tak larat nak habiskan.

Kulim Food Republic
Mandy lamb

Yang ni pula mandy lamb. Encik suami yang order... Sedap sebab aku sempat pow 2 sudu. hihi. Harga dalam RM 12 rasanya.

Kulim Food Republic
Sila abaikan botol susu aisy di situuuu.

Ini air yang kami order. Air biasa-biasa ja tapi harga dia memang murah berbanding kita makan western di tempat lain. Sebab selalunya restoren western ni harga makanan ok tapi harga air mencekik darah betui.

Kulim Food Republic

Yang ni pula, menu yang anak-anak order. Chicken BBQ. Sedap dan ayam besar... Dihidangkan bersama coleslow dan kentang putar.

Kulim Food Republic
kakak Aisya mengantuk tu, tu muka yang semacam... 
Mommy ambik gambar abang jugak! Anak yang paling suka makan dan teruja dengan makanan baru.. Kalau nak promote makanan memang boleh ambik jadi model.

Kulim Food Republic

Itu sajalah menu yang kami cuba pada malam tu. Memang di cadangkan kalau nak makan western di Kulim.

Kepada #KulimFoodRepublic , semoga dapat mengekalkan rasa, kualiti, kuantiti dan harga. Jangan esok dah femes dan terkenal.. rasa, harga, kualiti dan kuantiti dah ke laut. Banyak restoren dah macam ni.

No comments:

Post a Comment