Perlu Atau Tidak Gel Pengelupasan? - Cahaya Hayati

4 Sept 2015

Perlu Atau Tidak Gel Pengelupasan?

GEL PENGELUPASAN

Pernahkah korang menggunakan gel pengelupasan? Perlu atau tidak?
  • Exfoliating (pengelupasan) adalah salah satu langkah ringkas dalam rutin penjagaan kulit. Perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghilangkan kotorang dan sel kulit mati.
  • Kalau kotoran dan kulit mati ni tak dibersihkan betul-betul, ia akan menjadi punca jerawat dan bintik-bintik hitam. Gulp! Patutlah banyak jerawat kat muka titew. hehehe
  • Proses exfoliating ni membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk perbaharui sel-sel kulit. Dan ia menjadikan kulit nampak lebih segar dan glowing.
  • Tahukan anda bahawa exfoliators wajah boleh menegangkan kulit wajah dan melawan tanda-tanda penuaan!

Tips!

Kalau kulit korang jenis normal, kering atau berminyak, disyorkan exfoliate kulit korang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pilih betul-betul produk yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit .

Kalau kulit jenis sensitif pulak, korang tak boleh exfoliate kulit korang dengan kerap, sebab takut nanti memudaratkan pulak. Gunakan gel pengelupasan dengan bahan semula jadi atau organik untuk mengelakkan kesan negatif pada kulit

Gel Pengelupasan yang boleh di cuba :

1. Gel Pengelupasan Alaisyah
Gel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

2. Magic Exfoliating Gel by Cosmoderm 


Tekstur yang sangat halus dan tidak berbiji. Sangat sesuai untuk yang tidak suka menggunakan scrub muka. Lembut tapi memberi hasil yang mengagumkan.

3. Ginvera Whitening Marvel Gel


Sama saja fungsinya dengan gel pengelupasan jenama lain. Mempunyai bau yang sangat lembut... Bila guna terus terasa best!

4. Bioglo Skin Gel


Berfungsi menanggalkan kulit mati, bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit juga menanggalkan noda hitam dan kotoran. Di samping itu, mengawal minyak berlebihan. Sesuai untuk penggunaan harian.
Wajib beli gel pengelupasan dari Cosway ni sebab bulan ni ada promosi. Beli 2 dapat percuma satu.Boleh share dengan kawan-kawan sebab kalaun share harga tidak sampai RM 10 pun  satu. Kalau tamak boleh buat stok untuk setahun..

Apa-apapun penggunaan gel pengelupasan adalah sama fungsinya dengan menggunakan scrub muka. So, memang kena guna kalau nak dapat kulit muka yang cantik dan halus mulus.

1 comment: