Yang Ringkas dan Mudah Sahaja - Cahaya Hayati

30 Sept 2015

Yang Ringkas dan Mudah Sahaja

Assalamualaikum wbt.

Kadangkala bila badan dah penat dan kesuntukan masa, hidangan ringkas yang di masak sendiri menjadi pilihan. Tambah pula m.a.l.a.s  nak keluar menerjah kedai makan.

Hidangan ringkas yang di maksudkan adalah telur dadar yang menjadi kegemaran tak kira siang atau malam dan sup sayur sawi pedas berperisa ikan bilis di makan dengan nasi panas. hmmm... memang terangkat.

Telur dadar sedap
telur dadar atau telur bawang
Setiap orang ada resepi tersendiri untuk membuat telur dadar. Ini resepi yang sedap di tekak dan kenyang di perut akak. :)

Resepi Telur Dadar Mudah Dan Sedap

Bahan-bahannya:
2 biji telur (saiz apa2 pun boleh)
1/2 ulas bawang besar - hiris
1/2 biji cili besar - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam- secukupnya.
Minyak- untuk menggoreng 

Cara-caranya:
1. Pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih. Masukkan bawang, cili serbuk cukup rasa, kunyit dan garam. Pukul lagi sehingga semua bahan sebati/ rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan campuran telur. Masak sehingga garing dan alih. Setelah kedua-dua bahagian.
3. Angkat dan hidangkan.


Ini pula resepi sayur teman sehidang telur dadar. Kali ini tambah saderi di sebabkan sudah tahu kebaikan saderi.

sup sayur sawi sedap
Sup sawi & saderi

Resepi Sup Sayur Pedas

Bahan-bahannya:
1 ikat sawi
2 batang saderi
1/2 ulas bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
2-4 biji cili padi
1/2 biji cili besar
minyak
1 gelas air

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan ikan bilis. Goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan saderi dan batang sawi. Tambah garam secukupnya.Rasa.
4. Masukkan daun sawi dan cili besar apabila sup sudah mendidih. Biarkan sehingga sayur masak dan  tutup api.
5. Hidangkan ketika masih panas.

2 comments:

  1. Kadang-kadang bila dah tak tau nak masak apa, saya goreng telur je..hihi

    ReplyDelete
  2. memang sedap dan mudah sangat...pcl suka aroma bawang telur tu...

    ReplyDelete