Isteri, Jangan Tempah Tiket Ke Neraka - Cahaya Hayati

12 Sept 2015

Isteri, Jangan Tempah Tiket Ke Neraka

Assalamualaikum wbt.

Kebelakangan ini sering terdengar kisah kecurangan seorang isteri. Menduakan suami... Erk! Macam tidak percaya pula seorang isteri malah sudah bergelar ibu sanggup berlaku curang. Membahagikan perasaan kepada lelaki lain... 
Apa yang di kehendaki oleh wanita yang bermain kayu tiga ini? Tidak puas? Tidak bahagia? Ingin mencari kemewahan? Atau ingin melayan nafsu semata-mata. Yang pasti hanya mereka yang ada jawapan...

Bahagia ciptaan ini bagaikan menempah tiket ke neraka.. Hukum agama yang jelas bagi isteri yang nusyuz. Tidak ingatkah kalian bahawa syurga isteri adalah di bawah telapak kaki suami?


Kadang-kadang bila melihat kecurangan yang berlaku depan mata.. mereka ini seolah-olah bangga dapat menawan hati lelaki lain selain suami.. Gediknya hanya Allah yang tahu...
Tahukah kalian, mata yang memandang ni menyampah dengan perlakuan tersebut.



Bukan tak ingin menegur tetap.. kebanyakkan yang berlaku curang ini tahu dan akui sedar dengan perlakuan tersebut. Cuma membiarkan kerana merasa bahagia. Seolah-olah seperti zaman percintaan di usia remaja. Hmmm..  Apa lagi yang perlu di perkatakan?


Tahukah kalian... Alasan yang paling banyak suami menceraikan isteri adalah di sebabkan isteri curang..

Pernahkah kalian terfikir selain penceraian banyak lagi hukuman yang sang suami boleh hadiahkan khas buat isteri curang.. antaranya adalah berbuat curang juga dengan motif membalas balik apa yang pasangan lakukan. Ataupun menjatuhkan hukuman gantung tak  bertali.. Nauzubillah. 

Semoga yang membaca entry ini adalah isteri dambaan suami dan calon ketua bidadari di syurga nanti. In sha Allah.

1 comment: