Salam Ramadhan - Cahaya Hayati

10 Jul 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Salam ramadhan. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua.
Di sini juga aku ingin memohon kemaafan di atas kesilapan, kekhilafan dan kelancangan  mencoret kata di blog ini.  

Ramadhan kali ini amat bermakna kepada aku kerana Aisya belajar berpuasa dan hari ini adalah sahur pertamanya.  Katanya nak puasa macam upin-ipin. Kuat betui pengaruh upin -ipin. 
Pagi ini juga dia nak sembahyang subuh jemaah. Selalunya bila suruh, memang liat... 
Alhamdulillah. Berkat ramadhan kali ini.


Walaubagaimanapun aku tak paksa dia untuk berpuasa sepenuh hari. Minta dia berbuka kalau tak tahan. 
Tapi sehingga saat ini, dia masih berpuasa. Alhamdulillah.

-xoxo-

No comments:

Post a Comment