Assalamualaikum wbt.
Sedikit info sharing berkenaan puasa ramadhan. Perkara-perkara yang menjadi sunat untuk di amalkan sepanjang ramadhan, makruh dan yang membatalkan puasa. Update diri, update minda ... In Shaa Allah berjaya dunia dan akhirat.
Sunat-sunat Puasa:
- Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
- Makan sahur walaupun sedikit.
- Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
- Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
- Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
- Memperbanyakkan sedekah.
- Beriktikaf siang hari dalam masjid.
- Menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
- Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
- Berdusta, berbohong.
- Mengumpat, mengata orang.
- Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
- Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
- Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)
Membatalkan Puasa sekiranya
- Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Mengeluarkan mani dengan sengaja.
- Haid atau nifas.
- Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
- Murtad (keluar dari Islam).
- Gila (hilang akal).
No comments:
Post a Comment