Selain Jalan-Jalan, Apa Yang Best Dan Tak Best Di Ho Chin Minh? - Cahaya Hayati

16 Oct 2019

Selain Jalan-Jalan, Apa Yang Best Dan Tak Best Di Ho Chin Minh?

Selain Jalan-Jalan, Apa Yang Best Dan Tak Best  Di Ho Chin Minh? Bagi yang pernah pergi mungkin korang tahu situasi sebenar di Ho Chin Minh.. Bagi yang tak pernah pergi, mommy nak cerita la kat sini sebagai entry penutup 'me time' ke Ho Chin Minh. So, yang tak pernah pergi wajib baca sampai habis tau. 

Apa Yang Best Dan Tak Best Di Ho Chin Minh?


Yang Best Di Ho Chin Minh adalah:- 

  • Banyak tempat menarik boleh melawat dengan charge tour agent yang agak rendah iaitu serendah RM50 untuk tour city dan RM55 untuk tour Mekong. Untuk tour Mekong ni termasuk lunch. So, RM100 lebih dah boleh cover semua tempat menarik di Ho Chin Minh.
  • Bagi yang ambil tour agent, pengambilan pelancong adalah di depan pintu masuk hotel. Just tunggu sampai bas / kenderaan tour agent sampai. Tak perlu susah ke tempat tour agent..
  • Bandar yang hidup hampir 24 jam. Mommy tak tahulah diorang ni buat business macam mana sebab semua kedai area Ben Than Market tu buka awal pagi sehingga lewat malam... So, jangan risau kalau korang tak sempat shopping. Balik dari tour pun korang masih sempat shopping. 
Pukul 7 pagi dah ada penjual kopi ais ni.. 
  • Shopping. Yang paling best kalau kat sana nak shopping bawal, shawl, T-shirt dan telekung jenama terkenal di Malaysia. High kualiti tetapi harga memang sangat mampu milik. Serius yang ni paling best. Kain pasang dan baju kurung cotton yang siap pun sangat murah. Siap duit jer kalau korang memang plan nak borong. 
Telekung serendah RM30
  • Kopi Ais Vietnam. Opps memang kopi ais dia kaw, terangkat dan extra sedap. Harga pun murah.. Paling murah kopi vietnam adalah dari peniaga jalanan iaitu RM3 saja. Walaupun murah, rasa dia memang umppphhh. Rugi kalau korang pergi tapi tak minum kopi.
Kopi ais Vietnam yang sedap
  • Bingka Ubi sedap. Tak di nafikan bingka ubi yang depa dok viral tu memang sedap. 

Yang tak best pun ada juga tau, Ingat pergi jalan-jalan tu semuanya best ke? So, inilah pengalaman pahit yang kami hadapi ketika di sana. Kebanyakkan ketika membeli-belah...

  • Jangan tanya harga, sentuh atau tanya saiz jika korang tak berniat nak membeli. Karang kena marah free jer.. 
  • Jika dah berniat nak beli, bila tawar menawar mereka akan minta kita letak harga yang kita nak tapi jika dah letak, depa tak boleh bagi dan kita tak mahu pun kena marah juga. 
  • Peniaga di sana sejenis peniaga yang suka paksa kita beli. Siap tarik tangan lagi... Jangan letak duit satu tempat sebab selagi dok nampak duit kita ada dalam bag, selagi itulah depa offer produk depa dan tak bagi kita jalan ke gerai lain.
Baju ni di letaknya harga RM70. Tak jadi ambik sebab dia letak harga paling murah RM30.. So, kena marah
  • Peniaga di sana suka cakap, kami tak marah kalau tak beli tapi end up kena marah juga bila kita cakap tak nak atau terima kasih sebab offer kat kita. So, jangan percaya cakap peniaga sana.
  • Barangan yang di jual memang tiada tanda harga. Bila tanya memang depa akan letak harga paling tinggi. Kat sini korang kena tahu berapa harga kalau di Malaysia... Kalau kat Malaysia dah murah, kat sini tentulah lagi murah. 
  • Scammer. Kami taklah kena scam sangat.. Cuma kami asyik kena marah ja bila jalan-jalan dan buat survey harga. Hikhik. Untuk scammer tu masa kat airport saja. Harga teksi ke hotel RM50.. tapi kami tak ambil. Naik bas lagi jimat.
  • Mineral water dalam bilik hotel pun kena caj. Aduhhh tak pernah lagi selama dok hotel, mineral water kena caj. 4 botol kecil RM15. Bayar sajalah masa nak check out sebab nak ambik passport balik. 
Itulah sajalah yang best dan tak best ketika di Ho Chin Minh. Apa-apapun ia pengalaman yang indah untuk di kenang. Nextttt? 

2 comments:

  1. bagi kita pula ..

    yang best shopping dan makan..

    yang tak best .. duit mengalir je macam air kat hcmc ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Bab duit mengalir macam air tu memang betul. Tak terasa, tengok2 duit dah nak habis. Bahaya betul jalan-jalan kat sana hahaha

    ReplyDelete