Dah 21 Tahun Persahabatan Kami - Cahaya Hayati

18 Oct 2019

Dah 21 Tahun Persahabatan Kami

Dah 21 Tahun Persahaban Kami. Alhamdulillah 3x. Tak sangka persahabatan dari  Matrik masih berkekalan sehingga sekarang walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sendiri dan sudah bergelar ibu. Persahabatan kami unik sebab lepas matrik ja masing-masing ambil kos yang diminati. Berpisah sekejap. Kembali rapat apabila wujud group wassap dan rupanya kami ni bekerja dalam kawasan yang sama. So set tempat, masa dan tarikh berjumpalah kami. 

wanita, sebab wanita perlu keluar dengan rakan wanita, kenapa wanita perlu lepak dengan kawan, sebab wanita perlu ada bestfriend, sebab wanita perlu ada kawan rapat, kenapa wanita perlu keluar dengan rakan wanita,
Dah 21 Tahun Persahaban Kami

Bila berjumpa tu panjanglah cerita. Gelak sampai meja sebelah pandang-pandang, jeling-jeling pun pernah. Paling best, bila kawan kami dapat note ada orang minta nombor telefon. Adeh, kami ni mak-mak budak semua. Bukan bujang lagi no...

Adat bila berjumpa ni biasalah, wefie tu wajib. Kalau rasa tak puashati dengan gambar wefie kami mintalah waiter tolong ambikkan. Hahaha... 

Bila dah jumpa ni memang kami semua rasa fresh dan motivated sebab kawan mommy, Tasya ( shawl biru) tu suka bagi motivasi dan sentiasa minta kami yakin dengan diri sendiri. Siap dengan doa dan amalan lagi. Luv uolls. 

wanita, sebab wanita perlu keluar dengan rakan wanita, kenapa wanita perlu lepak dengan kawan, sebab wanita perlu ada bestfriend, sebab wanita perlu ada kawan rapat, kenapa wanita perlu keluar dengan rakan wanita,

Korang selalu tak keluar dengan kawan-kawan selain dari kawan sekerja? Kalau jarang, better korang lakukan sebab dengan keluar bersama-sama dengan kawan-kawan rapat atau lama boleh membantu kesihatan wanita menajdi lebih baik. Hal ini telah dibuktikan melalui kajian oleh Universiti Oxford. Nampak tak betapa pentingnya persahabatan tu?

Dalam kajian tersebut, wanita perlu keluar dengan rakan perempuan lebih kerap kerana ia merupakan kunci kebahagian. 

Aktiviti yang dilakukan seperti ‘membawang’, bergosip, bercuti dan bermacam-macam lagi. Kajian ini juga mengkaitkan masa berkualiti bersama rakan-rakan wanita yang lain dengan banyak kelebihan kesihatan utama seperti sistem imun lebih kuat, kurang tahap kegelisahan dan meningkatkan kemu-rahan hati. Wow! 

Ini kerana ketika keluar dan melakukan aktiviti bersama, wanita akan lebih banyak ketawa. Ketawa adalah ubat yang paling mujarab.. Ketawa boleh menghasilkan endorfin kegembiraan yang tidak boleh dipercayai. Selain itu,  ia juga meningkatkan serotonin dan oksitoksin, iaitu hormon ikatan atau kasih sayang. Oh begitu rupanya... 

So, wanita semua jangan lupa untuk keluar bersama rakan-rakan perempuan yer... Jangan asyik buat kerja sampai tiada masa untuk bersantai dan mengopi dengan bestfriend.

No comments:

Post a Comment