Terjebak Dengan Drama Perempuan Paling Bahagia - Cahaya Hayati

20 Sept 2017

Terjebak Dengan Drama Perempuan Paling Bahagia

Terjebak Dengan Drama Perempuan Paling Bahagia ~ Mommy baru tertonton Drama Perempuan paling bahagia masa episod ke 3. Terus terjatuh hati dengan lakonan zahiril adzim dan isterinya. 


Drama Perempuan Paling Bahagia, perempuan paling bahagia, drama 2017, drama terbaik 2017, zahiril adzim, shera ayob, baca novel perempuan paling bahagia online, novel online perempuan paling bahagia
Drama Perempuan Paling Bahagia


PEREMPUAN PALING BAHAGIA 


Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.



Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca novel Perempuan Paling Bahagia dari bab 1 sehingga 15 di SINI:-



OST Drama Perempuan Paling Bahagia



6 comments:

  1. SA ada novel dia..tapi blom strat baca lagi..citer memang tak tengok la..

    ReplyDelete
  2. best eh cite ni...bolehla baca novel dia nnt...tak sempat la nak tengok tv

    ReplyDelete
  3. Kalau mama tgk satu episode pun mungkin Sama terjebak

    ReplyDelete
  4. Bonde suka baca Novel ni... dah lama tunggu kemunculan drama ni...Rayyan dan anak gajahnya

    ReplyDelete
  5. AnonymousMay 06, 2019

    Highly energetic blog, I liked that bit. Will there be a part 2?
    Billige fodboldtrøjer

    ReplyDelete