Serlahkan Hari Dengan Enchanteur Stunning - Cahaya Hayati

12 Sep 2017

Serlahkan Hari Dengan Enchanteur Stunning

Serlahkan Hari Dengan Enchanteur Stunning ~ Orang perempuan ni mood dia turun naik. Ada hari okay ada hari langsung tak okay. Rasa nak marah, rasa meluat dan macam-macam lagilah. Tambah-tambah kalau tengah period. Diri sendiri pun rasa tak terhandle dengan mood yang berubah-ubah ni. Tapikan kalau nak tahu mommy boleh tenang kalau dapat bau wangi-wangi. Rasa tenang ja. Mood tu pun boleh bertukar ke okay. Itu kalau mood swing lah. Kalau mood okay tapi kadang-kadang tu rasa apa yang di pakai serba tak kena.. Yang ni pun boleh buat mood moody sepanjang hari. Sekarang mommy dah ada penyelamat iaitu Enchanteur Stunning. Pakai apa pun tapi bila dah wangi satu badan memang boleh merubah mood dan keyakinan pun bertambah. Tak kisahlah pakai tudung senget sebelah atau kedut. Style tuuu... hahaha


Enchanteur Stunning


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 


 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Enchanteur Stunning, enchanteur eau de toilette, enchanteur eau de parfumed, enchanteur parfumed lotion, enchanteur parfumed deodorant, enchanteur parfumed deo miss, enchanteur parfumed body lotion, enchanteur, enchanteur stunning
Set rangkaian Enchanteur Stunning

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.


Enchanteur Stunning Eau de Toilette


Enchanteur Stunning, enchanteur eau de toilette, enchanteur eau de parfumed, enchanteur parfumed lotion, enchanteur parfumed deodorant, enchanteur parfumed deo miss, enchanteur parfumed body lotion, enchanteur, enchanteur stunning
Enchanteur Eau De Toilette


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.




Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


Enchanteur Stunning, enchanteur eau de toilette, enchanteur eau de parfumed, enchanteur parfumed lotion, enchanteur parfumed deodorant, enchanteur parfumed deo miss, enchanteur parfumed body lotion, enchanteur, enchanteur stunning
Enchanteur parfumed deo roll on

Enchanteur Stunning, enchanteur eau de toilette, enchanteur eau de parfumed, enchanteur parfumed lotion, enchanteur parfumed deodorant, enchanteur parfumed deo miss, enchanteur parfumed body lotion, enchanteur, enchanteur stunning
Enchanteur Parfumed Deo Mist

Enchanteur Stunning, enchanteur eau de toilette, enchanteur eau de parfumed, enchanteur parfumed lotion, enchanteur parfumed deodorant, enchanteur parfumed deo miss, enchanteur parfumed body lotion, enchanteur, enchanteur stunning
Enchanteur Stunning Body Lotion


ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. 


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke 


1 ulasan: