Aisy Turn 3 - Cahaya Hayati

26 Sep 2017

Aisy Turn 3

Aisy Turn 3 ~ Alhamdulillah. Ahad lepas genaplah usia Aisy 3 tahun. Sambutan Birthday Aisy hanya di adakan di taska bersama anak-anak taska yang lain. Sambuatan birthday ini di anjurkan oleh pengusaha taska. Bagi memeriahkan sambuatan birthday Aisy dan anak taska yang lain, mommy hanya sediakan kek dan mee goreng. Yang lain-lain di sediakan oleh pihak taska.


Tema kek birthday Aisy tahun ini adalah fire truck. Seperti selalu kek adalah dari Donna Touch's. Kali ini mommy tempah kek chocolate moist. Mengikut citarasa anak-anak yang sukakan chocolate. 



Hadiah untuk Aisy mommy & daddy belum belikan lagi. Tanya dia nak apa... Dia kata nak motor besar. Menurun daddy betul. hahaha




Terima kasih kepada pihak taska kerana menyambut hari lahir anak-anak dan menyediakan jamuan untuk ibu bapa yang hadir. In sha Allah jika ada kesempatan tahun depan kita sambut lagi...

3 ulasan:

  1. Comelnya Kek. Selamat Hari Lahir Aisy

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir aisy... semoga menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat :)

    BalasPadam