loading...

17 Ogo 2016

# Advert # blog

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha



Assalamualaikum wbt. Uji kekuatan dan kelajuan blog dengan Bitchatcha Server Speed Checker
Mommy paling suka pergi menjengah ke blog yang cepat dan pantas untuk view. Blog yang kena tunggu lama untuk loading, mommy tak suka. Mungkin mommy singgah sekali saja.. Lain kali tak mungkin sebab nak loading ambil masa, pastu nak baca full entry pun ambil masa, nak ke next pages pun ambil masa... last-last masa  mommy yang habis. 
Oklah ini ada tips untuk blogger semua untuk check kekuatan dan kelajuan blog masing-masing. kalau blog laju dan tak loading lama, pembaca, publisher dan juga PR akan suka menjenguk blog. Bila mereka-mereka ini suka, PV dan UV naik... Sekaligus membuka banyak peluang untuk menjana income. 
Untuk ujian kelajuan blog ini, mommy menggunakan Bitchatcha Server Speed Checker .

Bitchatcha Server Speed Checker 


Bitchatcha server Speed Checker adalah laman web yang menguji kelajuan tindakbalas atau carian sesuatu berdasarkan server laman web tersebut. Bitchatcha menguji kelajuan server laman web melalui lapan lokasi iaitu US (west), US (east), London, Singapore, Sao Paulo, Pune, Sydney dan Jepun. Server yang kuat adalah server yang respond dalam 200ms dan memperolehi B dan ke atas untuk ujian server speed checker Bitchatcha.

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Bagaimana Hendak Menguji Server Laman Web? 


Dengan Bitchatcha, ujian kelajuan server laman web amatlah mudah. Pertama sekali masuk ke laman web Bitchatcha ( klik SINI). Cari Server Speed Checker.

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Kemudian masukkan link/URL laman web atau blog anda. Then, search.

http://www.bitcatcha.com/

OMG! OMG! mommy dapat E. Patutlah ramai yang tak singgah blog mommy. Teruk rupanya kelajuan blog mommy. Mesti korang malas nak tunggu. Takpa, mommy akan cari jalan penyelesaiannya.

http://www.bitcatcha.com/

Pertamanya, mommy tengok pada Explanation results. So, mommy follow tips yang di berikan dan apply kembali apa yang mommy belajar dengan EFG dulu.

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Selain itu, untuk tahu lebih lanjut lagi bagi laman web yang ujian server nya yang kurang dari B... Blogger perlu menerima cadangan yang dicadangkan oleh Bitchatcha. Klik pada button tanda tanya pada kotak 'performance'. Di situ ada tersenarai Hosting yang di cadangkan. So, sesiapa yang dah nak expired hosting tu bolehlah apply yang baru sepertimana yang di cadangkan oleh Bitchatcha. 

http://www.bitcatcha.com/
Taraaa! Selepas menggunakan sedikit sentuhan magic blog mommy memperolehi B. Nanges sebab still tak puashati dengan result tu. Sebab nanti mommy tak dapat tarik ramai pembaca ke blog. Takpe, nanti mommy usahakan lagi. Kalau tak boleh jugak, mommy tukarlah ke hosting yang di cadangkan. :D 

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Dengan Bitchatcha juga, kita boleh check kelajuan blog rakan blogger yang mempunyai PV dan UV yang tinggi. Mommy pilih Bro HH. Wow A+. Patutlah PV dan UV tinggi. Tahniah Bro!

http://www.bitcatcha.com/


Blog atau laman web anda bagaimana? Apa keputusannya?

2 ulasan:

Norhayati Mohd Isa berkata...

Good sharing yati..

Nieyl berkata...

nieyl singgah pagi rabu...
nanti nieyl try...

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292