Sambal Tumis Udang

2:04 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt. Sambal Tumis Udang.

Dah lunch? Mommy baru lepas lunch... Baru nak update blog. Masih ada masa lagi 10 minit sebelum habis lunch. Sempat la update entry resepi sambal tumis udang.  Jangan buang masa kan?

sambal udang

Resepi Sambal Tumis Udang


Bahan

1/2 kg Udang - di buang kulit
1 batang serai - ketuk
3 sudu besar cili kisar 
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
minyak
garam
gula
asam keping/ air asam jawa

Caranya

Panaskan minyak sehingga panas. Masukkan cili kisar. Masak sehingga agak garing/ berminyak. 

Setelah cili agak garing, masukkan bawang besar dan bawang putih yang di kisar  serta serai yang telah di ketuk. Biarkan sehingga sehingga mendidih.

Masukkan garam, asam dan gula secukupnya.

Setelah cukup rasa, masukkan udang. Biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala agar tidak hangit di bawah.

Siap. angkat dan hidangkan bersama nasi, ikan goreng garing dan sup sayur.

sambal udang sedap


Nota kaki:

Boleh masukkan santan juga. Lagi lemak dan sedap.
Bila dah masukkan santan, boleh juga masukkan petai... Khas untuk peminat petai.

Selamat mencuba!

3 comments:

Amanda Suria berkata...

Sedapnyaaaa....SA kalau udang x buang kulit...letak plak petai....huiiii...sodap

muhammad nizam berkata...

sedap sambal udang....

Izzati Suhaide berkata...

Fuhhh ...sedapnya sambal udang..feveret kite ni..

Pengikut

Google+ Followers