loading...

19 Ogo 2016

# Recipe

Sambal Tumis Ikan

Assalamualaikum wbt. Sambal Tumis Ikan 

Apa habaq semua? Mommy sihat tapi busy  sikit... Almaklumlah target baru dapat tapi masih banyak lagi yang tak capai plus orang kanan mommy cuti bersalin 2 bulan.. Jadi, memangggg busy. Curi gak  masa untuk update blog.

Oklah hari ni mommy tau ibu2, mommy 2 dan mak2 sedang merancang menu untuk keluarga. Nak masak yang simple tapi memenuhi selera semua ahli keluarga. Bila masak yang simple simple, masa memasak menjadi pendek dan mommy, ibu atau mak dapat luangkan lebih masa dengan ahli keluarga. 

Mommy pun suka masak yang simple. Senang plus sedap. Antara menu yang mudah masak adalah sambal tumis ikan. Boleh guna ikan apa saja. Mommy suka guna ikan sardin atau temenung lemak. Sedap. Buat makan dengan nasi lemak pun boleh.
Oklah tak nak bebel panjang-panjang sebab kejap lagi mommy jadi assistant chef untuk demo masakan menggunakan noxxa. Lepas ni boleh la mommy update resepi noxxa pula. 

Sambal Tumis Ikan

Sambal Tumis Ikan

Bahan 

Ikan sardin - 4 ekor. Di goreng terlebih dahulu.
2  sudu cili kisar
2 labu bawang besar - 1 di kisar & 1 di potong bulat
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili sos
1 batang serai ( option)
minyak - untuk tumis
garam
gula
air asam


Caranya
Panaskan minyak. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah di kisar.

Masak sehingga cili dan bawang benar-benar masak. Masukkan serai.

Tambah sos cili, garam dan sedikit gula ( jika pedas) serta air asam. Masak lagi sehingga rasa garam, gula dan air asam bersatu.

Sebelum angkat, masukkan bawang yang di potong bulat. Biarkan sehingga mendidih.

Angkat dan tuangkan di atas ikan goreng tadi.

Hidangkan bersama nasi panas dan sup sayur sawi atau bayam.

Sambal Tumis Ikan

Selamat mencuba!

5 ulasan:

Amanda Suria berkata...

SA pun buat sambal tumis ikan ...tapi ikan tilapia...

Cahaya Hayati berkata...

wow. ikan talapia tu yang sedap.Boleh habis 2 pinggan nasik. hihi

Normi Nieza berkata...

wah sdapnya.. bw pagi..:)

Maman Reen berkata...

Saya follow blog sis.. Sambal tumis ikan ni. Perghh..! Buat Reen terliuq... ♥

Ahmad Hasif berkata...

wow nampak sedap tu...

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292