Aisy Panaskan Handphone Mommy! - Cahaya Hayati

22 Ogo 2016

Aisy Panaskan Handphone Mommy!

Asslamualaikum wbt. Aisy panaskan handphone Mommy!

Hai semua. Nak bagitau yang handphone mommy kena hantar ke service center lagi gara-gara si Aisy masukkan handphone mommy dalam microwave dan tekan button on untuk panaskan. Huhu.

Sebelum tu Aisy guna handphone mommy untuk tengok you tube sambil teman mommy masak. Mommy pun stay sebelah dia saja sambil tunggu nak angkat ikan yang di goreng. Bila ikan dah masak, mommy pun pergi angkat ikan.  Cam pusing ke belakang saja. Masa  mommy tengah angkat ikan tu, mommy dengar bunyi microwave di on. Cepat-cepat mommy off kan.  Mommy tanya Aisy handphone mana? Dia senyum lain macam ja. Mommy pun buka microwave. 

OMG! Handphone mommy dalam tu. Dah bau hangit...

Tarik nafas, bawa handphone kepada daddy.  Daddy bagi sejukkan dan on semula. Ok, boleh on tapi still bau hangit. Cepat-cepat offkan semula. 

Lepas 2 jam, mommy on kan semula. check semua function. Semua ok kecuali connection to internet dan signal telco dah pening. Bila berada diluar bangunan/rumah, boleh connect tapi bila berada dalam bangunan/rumah terus tiada signal.

Untuk wifi pula, memang tak leh connect terus. Huhu.. Dah la mommy kena travel hari rabu ni... Pergi pulak tempat yang mommy tak biasa. Harap dapat baiki dalam tempoh 3 hari ni.


Mommy tak off ke plug microwave? Mommy off semua plug dan setting microwave ke zero. Tapi itulah anak kecil ni cepat belajar melalui pemerhatian. Apa yang dia nampak semua nak di cuba.. Tetapi mereka tak tahu bahaya yang akan datang. 

Contohnya, kalau mommy tak cepat-cepat off microwave. Rasanya mungkin handphone tu dah meletup. Silap-silap microwave pun boleh meletup.. Ishhh tak boleh bayangkan.

Jadi ibu bapa ni memang kena selalu perhatikan apa yang anak kecil buat. Tidak boleh biarkan mereka bermain sendiri. Kena sentiasa alert dengan pergerakan anak. Dalam dok perhati pun boleh jadi begini.. 

2 ulasan:

  1. fuh nasib baik tak meletup bateri dalam hp tu bahaya tu... tak sempat tu nak siap 3 hari.. paling cepat un 7 hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Hasif. Tu la tadi service center dah inform. Diaorang akan check dan inform apa dan berapa lama masa yang di ambil.

      Padam