TM Tawarkan Diskaun Sehingga 40%

Assalamualaikum wbt.

Berita baik buat semua pelanggan TM yang mempunyai akaun penamat. TM menawarkan diskaun sehingga 40%. Tawaran diskaun ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah di tetapkan. Untuk maklumat kelayakan diskaun, bolehlah ke TM Point yang berdekatan.

Tawaran diskaun ini bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2015.

Apa yang di maksudkan akaun penamat?

Akaun penamat dalam ayat yang mudah adalah akaun yang telah di tutup/ terminate dan mempunyai baki tunggakan/hutang yang belum di jelaskan.

Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud:

"Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ke-tenangannya." Mereka berkata: "Apa itu wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: 'Hutang.' Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang."

riwayat Imam Muslim, 

"Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."


Rebutlah tawaran diskaun ini untuk membebaskan diri dari dibelenggu hutang.

Terima kasih.
#Pesanankhidmatmasyarakat

2 comments:

Zaidalifah Hussin berkata...

wow... dapat diskaun tu...

Hayati Sakaria berkata...

Yuppp...

Pengikut

Google+ Followers