Tips Untuk Yang Mengambil VSS

5:47 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Di sini Cik Ti nak sharekan beberapa nasihat dari Dr. Azizan Osman bagi mereka yang mengambil vss secara rela atau paksa rela. Berikut adalah nasihat tersebut.

Ada 5 perkara penting yang suka Dr. Azizan Osman ingatkan kepada sesiapa yang terlibat dengan VSS (Volunteer Separation Scheme) yakni tawaran diberhentikan kerja sukarela dengan tawaran pampasan atau paksarela dengan pampasan:-

Solat Hajat - Memohon agar Allah swt beri kekuatan dan rancang masa untuk lebih rapat kepadaNya
Syukur - Di atas nikmat sebentar yang dipinjamkan mencari rezeki di tempat tersebut
Yakin - Yakin bahawa pasti ada rezeki lain yang Tuhan aturkan untuk anda
Sangka baik - Teruskan bersangka baik dengan Tuhan
Sediakan diri - Ya, sediakan diri untuk merancang kewangan anda dan buat tindakan segera untuk mendapatkan ilmu tentang bisnes atau pelaburan

Amaran: 
Jangan ambil duit untuk terus berniaga atau menyertai mana-mana skim cepat kayap atau apa sahaja perniagaan / pelaburan. Ingat, anda selama ini tidak pernah bisnes atau mungkin tidak biasa dengan risiko-risiko pelaburan yang ada. Jangan terburu-buru membuat keputusan.

Cadangan tindakan buat anda:-

Ambil tempoh bertenang. Ya, anda telah bekerja bertahun-tahun dan tiba-tiba diberhentikan. Mungkin anda bersedia dan mungkin tidak. Ambil tempoh 1-2 minggu untuk bertenang.

Spend time denganNya dan keluarga serta pada masa yang sama buat research tentang apa pilihan anda. Cari ilmu dan jika boleh rancang untuk tidak menggunakan simpanan yang ada untuk menampung hidup anda lebih dari 1 bulan.

Kurangkan kos dan perbelanjaan yang tidak perlu.

Baca buku. Saya cadangkan anda baca buku "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" kerana ia buku saya yang berkongsi tentang apa yang anda perlukan untuk memulakan bisnes serta melonjakkan perniagaan nanti. Anda juga boleh dapatkan buku “Magnet Kekayaan & Kejayaan” serta buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” dari kedai buku seluruh Malaysia atau di www.azizanosman.com/onlineshop.

Tonton dan subscribe YouTube saya: Azizan Osman. Anda tonton Episod 1 - YouTube saya bertajuk "Tanya Dr Azizan" di mana saya bercakap tentang bagaimana memulakan perniagaan dan ada banyak YouTube video saya di YouTube: Azizan Osman siri "Tanya Dr Azizan" yang bercakap mengenai bisnes dan pelaburan serta risiko dan potensinya.

Dan mohon bantuan dan petunjukNya.

1 comments:

Papaglamz berkata...

tq for advice..

Pengikut

Google+ Followers