Rojak Tonggek

10:30 PG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Rojak Tonggek

Satu lagi tempat makan yang femes kat sebelah butterworth iaitu Rojak Tonggek. Rojak tonggek ni adalah rojak buah-buahan yang di pelbagaikan dengan tauhu, fishball dan telur puyuh.

Kenapa di panggil rojak tonggek?

Rojak ini di panggil rojak tonggek kerana kalau nak makan rojak ni di sana, pelanggan perlu menunduk aka menonggek agar kuah rojak tak kena pada baju..

Rojak ni femes di sebabkan kuahnya yang marvellous dan sedap..

Rojak ni terletak di Pantai Road Butterworth. Kalau kat sini lebih di kenali di belakang hospital lama bagan. Di buka mulai jam 12  tengahari sehingga 6 petang.

Harga rojak ni di kira berdasarkan lidi & jenis pilihan yang di ambil. Kalau ambil buah  harga dia dalam 30 sen sehingga 40 sen. Kalau ambil tauhu dan fishball atau telur puyuh.. harga selidi 50 sen sehingga 60 sen.

Kalau makan kat sana, jangan di buang lidi tu.. Nanti senang tauke nak kira..

Masih awal. Buah-buahan masih dalam proses potong..
Sepanjang Cik Ti mengenali rojak tonggek ni, tak pernah lagi makan kat sana... Beli bungkus saja. Malu nak makan kat sana. hehe


Alang-alang dah ke sana, Cik Ti beli kuah rojak sekali. RM 6 satu bekas tupperware taufufah tu. Buat stok makan rojak kat rumah. :D

3 comments:

Fendi Rocka berkata...

kalau tak tonggek tak sedap jadinya

Cikk Mimin berkata...

tonggek macam mana tuu. hihi

Amy J berkata...

mak oi sampai tertonggek tonggek ke makan tu? hehehe

Pengikut

Google+ Followers