Aisy Kena Denda

10:00 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Aisy dah masuk 9 bulan hari ni.. Makin aktif yakni tak reti dok diam. Ada saja yang nak di buatnya. Dah pandai buka peti ais, dah pandai berdiri lepas tangan, dah pandai tatih dengan memegang katil atau sofa. Yang paling win adalah pandai memunggah. Habis semua mainan atau kain baju di punggahnya.

Selalunya Cik Ti biarkan saja. Biasalah anak-anak.. Semua benda nak explore. Bagi dia rasa dulu. Bila rajin dan ada masa baru Cik Ti kemas. Kalau malas... kutip2 masukkan dalam bakul pastu letak tepi ja.

Minggu lepas Aisy kena denda dengan daddy sebab memunggah. Kena gari.. hihi. Saja daddy usik. Ingatkan Aisy tak pandai nak keluarkan tangan dia yang kecik tu. Terror rupanya. Sedih sat saja...

2 comments:

Mirabeads azi berkata...

hero dah semakin lasak...
#clickclicknufnang

Amy J berkata...

hehehehe... smpai kena gari... adoi.... aktif dah aisy.... alhamdulillah sihat je tengok :)

Pengikut

Google+ Followers