Ketuk-Ketuk Ramadhan- Alumni KYPM-UUM Batch 99 - Cahaya Hayati

23 Jul 2013

Ketuk-Ketuk Ramadhan- Alumni KYPM-UUM Batch 99

Assalamualaikum wbt.

Ahad hari tu memenuhi jemputan ketuk-ketuk ramadhan anjuran KABAKUM 99 atau nama penuhnya Kelab Alumni Batch Akaun KYPM-UUM 1999.
Akak kan antara student akaun yang kena transit ke KYPM, Pahang di sebabkan terlalu ramai budak akaun pada tahun 1999. UUM tak cukup tempat nak memuatkan student akaun pada tahun tersebut.
So, batch kitaorang di tempatkan di KYPM. Setahun jer... Tahun ke-2 dah balik induk kat Sintok nun.
Masih terpahat dalam ingatan kenangan-kenangan di KYPM. Manis, masam, masin dan pahit.... Adat belajar di tempat orang. Jauh dari mak bapak..
Korang pun penah rasa camni kan?

Setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan-kawan.... Asyik chit chat dalam FB jer. jadi tertubuhlah alumni ni. Alumni ni berdaftar ok. Terbuka kepada budak akaun Batch 1999 jer.  Course lain tu tubuhlah alumni korang sendiri yer...

Alumni ni dengan rasminya di tubuhkan pada awal tahun hari tu. Buat sementara ini, alumni ini terbahagi kepada 4 Zon. Zon Utara, Zon tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur. Antara aktiviti yang telah di jalankan adalah Family day di Gambang Resort, Bowling for Charity di KL dan terkini adalah ketuk-ketuk ramadhan yang di adakan di setiap  zon.

Untuk Zon Utara, kami sebulat suara memilih De Pauh Garden. Lagipun ini adalah aktiviti pertama di utara.
In Sha Allah akan ada lagi aktiviti lagi..

KABAKUM99 @ De Pauh Garden.
Geng gegirl yang mai hari tu. Ramai sebenarnya yang dok utara tapi tak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.


Antara gegirl yang mai, aku rasa aku yang paling kembang. Haishhh...
Jeles cheq ngan kekawan yang maintain.. Apa rahsia korang yer?

Aktiviti menunggu waktu berbuka. Biasalah orang perempuan kan... sembang-sembang kisah-kisah baru dan lama. A story to remember.

Menu kami untuk berbuka adalah set nasi ayam yang di hidangkan bersama fresh oren, puding dan satay. Budget dalam 12 henggit seorang. Tak boleh ambik menu yang mahai-mahai sebab perjumpaan bersama keluarga. 



Tengah discuss untuk next aktiviti. Serius jer leader utara (tudung merah) dok bagi penerangan. Geng lelaki asyik dok buat lawak ... penuh dengan gelak ketawa. Meriah!


Ni perkara wajib. Sesi bergambar...Anak-anak kitaorang semua sebaya jer...


Sebelum masuk keta, Joe si tauke baju & big bear buat jualan pulak. Jualan bonet keta katanya.
Apa-apa jelah cikgu joe..


Gambar rasmi ketuk-ketuk ramadhan zon utara.

Lastly, perkenalkan one of my bff. Aku kawan ngan Ruby ni sejak dari sekolah lagi. sekelas masa form 2. Pastu satu uni dan ambik course yang sama jugak.... TAPI aku jeles kat dia. Sebab dia maintain kecik walaupun anak dah 3.huhu...


-xoxo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan