Fried Spaghetti With Beef, Seafood and Dried Chiles

Assalamualaikum wbt.

Kemain panjang tajuk entry hari ni.
Hihihi. 
Terpengaruh ngan Che Mat Gebu sebenarnya. Nama menu sedap di tambah lak ngan  gambar yang cantik. Telan air liur jelah... Oh tidak! Bakat yang ada jangan di sia-siakan. Dan hasilnya adalah seperti di bawah.

Live from my wok.

Bahan-bahan (Sukatan untuk 4 orang makan)

1/2 paket spaghetti jenama Barilla ( boleh di dapati di semua cawangan Tesco).
100gm daging tempatan
15 ekor udang
2 ekor sotong ( di potong bulat-bulat)
1/2 biji bawang holland (potong dadu)
5 biji cili kering ( potong 3)
1/2 biji Capsicum (potong dadu)
4 sudu minyak masak 
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:
Masak daging sehingga empuk. Setelah empuk tumiskan bawang, cili kering. Setelah agak garing masukkan udang dan sotong sehingga masak. Selepas itu masakkan daging dan renehkan sekejap.Masukkan spaghetti yang telah di rebuskan kedalam bahan tumisan. masukkan kiub ayam dan garam. Gaul rata. Rasa sebelum hidangkan.

Mudahkan! Inilah antara masakan yang cepat bagi ibu-ibu yang bekerja macam saya.

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers