Cahaya Hayati

16 Dec 2015

Cara Betul Mengguna Krim Pelindung Matahari

December 16, 2015 2
Cara Betul Mengguna Krim Pelindung Matahari
Assalamualaikum wbt.

Krim pelindung cahaya matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen sangat baik untuk penjagaan kulit daripada pancaran matahari. Salah satu kebaikan pelindung cahaya matahari ialah melindungi kulit daripada pengaruh negatif terik matahari seperti radiasi lembayung ultra ungu (UV) yang boleh menimbulkan masalah kulit.

Cara Betul Mengguna Krim Pelindung Matahari


Tahukah anda cara yang tepat dapat memberi kesan terhadap pemakaian krim pelindung cahaya matahari? Adakah ia harus dimulai dengan pelembap, krim rawatan wajah, diikuti krim pelindung cahaya matahari atau sebaliknya?

Perkara ini sering membingungkan para wanita. Sebaiknya krim pelindung cahaya matahari menjadi sapuan pertama sebelum diikuti pelembap, krim asas dan solekan. Namun jika sedang melakukan perawatan wajah dan wajib menyapu ubat pada wajah, maka ubatan itu perlu disapukan sebagai lapisan pertama diikuti krim pelindung cahaya matahari.

Ada juga yang tidak selesa untuk mengenakan krim pelindung cahaya matahari apabila melakukan aktiviti lasak, berpeluh atau yang menyebabkan kekotoran. Lantas mereka tidak mengenakannya kerana beranggapan kotoran tubuh yang bercampur dengan krim pelindung cahaya matahari boleh membuat kulit iritasi.

Bagaimanapun krim yang disapukan ke kulit secara langsung akan diserap kulit melalui pori-pori. Lama-kelamaan, seiring dengan aktiviti yang dilakukan, krim pelindung cahaya matahari akan hilang.

Oleh itu jika kulit tidak dibersihkan ketika proses pengaplikasian ulangan, ia tidak memberi masalah. Bukan bererti kotoran pada kulit akan terkumpul di dasar kulit kerana krim pelindung cahaya matahari akan diserap pada kulit, bukan sekadar melapisi kulit. Namun jika anda tetap tidak yakin, anda boleh membersihkan tubuh yang kotor dengan tisu basah sebelum menyapukan krim pelindung cahaya matahari kembali.

Sumber: Majalah Wanita.

Baca juga sebab perlu menggunakan krim pelindung matahari di SINI

Kuasa Sedekah

December 16, 2015 0
Kuasa Sedekah
Assalamualaikum wbt.

Aku bukanlah seorang yang baik sangat. Masih ada sisi-sisi yang kurang baik. masih memikirkan perkara-perkara yang negatif. Masih ada minda jahat yang menghasut agar menjauhi kebaikan.

Aku akui aku kurang memberi sedekah. Sebabnya? 

Sebab dalam minda aku terdapat satu perasaan jahat yang mengatakan peminta tersebut di dalangi oleh sendikit yang ingin memperolehi wang dengan cara yang mudah dan cepat.  
kuasa sedekah
Tapi aku sedar akan KUASA SEDEKAH. Aku hanya akan beri ketika hati aku rasa ikhlas dan tidak was-was. Beri kepada yang benar-benar memerlukan. Bukan kedekut cuma lebih berhati-hati agar tidak tertipu.

kuasa sedekah

Aku blogkan tentang kuasa sedekah agar aku dapat didik hati ini agar ikhlas memberi. Di mana orang sekarang kata sebagai ' future rewards'. Bukan mengharapkan balasan tetapi agar pemberian hari ini akan di sambung oleh si penerima dan seterusnya.

Agar dapat membantu insan yang benar-benar memerlukan.

kuasa sedekah

Sedekah bukan sekadar wang. Kita boleh sedekah apa saja yang kita mampu. Ilmu, tenaga, makanan, malah senyuman juga merupakan sedekah. Mana tahu dengan senyum saja kita boleh menenangkan perasaan orang yang melihatnya.

Dalam belajar mengikhlaskan diri, aku hayati kelebihan bersedekah. Barulah hati ini menjadi lebih ikhlas. :)
kuasa sedekah

kuasa sedekah

Jom kita bersedekah. Sedekah saja apa yang kita mampu. :)

14 Dec 2015

Semak Online PT3 2015

December 14, 2015 0
Semak Online PT3 2015
Assalamualaikum wbt.

Semak Online PT3 2015

14 Disember 2015.. whoaaa hari yang di nanti-nantikan oleh pelajar PT3 2015. hehe.. Hari yang penuh debaran. cuak kan. Nak termuntah, nak terberak semua ada...

Hari ni keluar result saja. Sijil ambil pada 22 haribulan Disember nanti..  

Semak keputusan pun mudah saja sekarang ni. Hujung jari saja.. masuk maklumat diri, tekan enter... dah terpapar keputusan.

Klik SINI untuk semak online.

Semak Online PT3 2015

Dah semak? Tahniah kepada semua pelajar PT3. Teruskan usaha untuk kejayaan yang akan datang.