10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022 Yang Sangat Membimbangkan | Ketika ditanya tentang apa cabaran bisnes buat usahawan pada zaman sekarang, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada berkongsi 10 perspektif cabaran yang usahawan alami.
Cabaran-cabaran di tahun 2022 ini ternyata sangat membimbangkan. Keadaan waktu ini tidak sama dengan sebelum-sebelumnya.
Sedikit Info Mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman
Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang pengasas Bagi Richworks International Sdn Bhd. Beliau adalah pakar Pemasaran no 1 Di Asia Tenggara. Beliau komited membantu usahawan sejak tahun 2008 lagi melalui kelas Dan seminar virtual online.
Datuk Wira Dr Azizan Osman telah lama berkecimpungan dalam dunia perniagaan dan telah berjaya membantu ramai usahawan menjadi jutawan bermula dari zero.
Isu Kenaikan Harga Barang
Semuanya pasti Akan dilalui oleh usahawan sepanjang proses berbisnes. Namun, terpapar di dada akhbar akan kenaikan harga barang terutamanya dalam industri makanan dan bahan mentah.
Datuk Wira berkongsi yang beliau juga telah melihat akan trend kenaikan harga barang dan kesannya kepada para usahawan.
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Isu Syarikat Besar Tiada Matlamat
Rupanya tidak semua syarikat besar mempunyai matlamat yang jelas. Ada syarikat di luar sana yang tidak tahu apa Yang perlu mereka lakukan untuk mengembangkan perniagaan.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
