Cahaya Hayati

7 Jan 2020

Tips kekal Sihat Di Musim Panas

January 07, 2020 0
Tips kekal Sihat Di Musim Panas
Tips kekal Sihat Di Musim Panas. Hi Korang! Seminggu ni memang terasa panas dan kering. Tambah-tambah lagi apabila keluar dari rumah. Pokok bunga yang sebelum ni menghijau pun dah jadi layu dan kuning daunnya. Kiranya memang panas sungguh. Jadinya kita kena lebih menjaga kesihatan kerana cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia dimana dia boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan pada tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut. Contohnya strok haba.

Tips kekal Sihat Di Musim Panas
Add caption

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Namun ada kumpulan yang lebih berisiko iaitu:-

  • Mereka  yang terbabit dalan kegiatan aktiviti fizikal diluar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda. 
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiriod. 
Tips kekal Sihat Di Musim Panas

Mereka ini lebih berisiko jika memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar semasa penyejatan atau pengeringan peluh. 

Antara gejala-gejala yang terjadi apabila cuaca panas melampau adalah:-

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah Otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Walaubagaimanapun keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Jadinya sebelum terjadinya gejala-gejala diatas dan untuk kekal sihat, kita ikut nasihat dari kementerian kesihatan untuk  kekal sihat di musim panas. 

Tips kekal Sihat Di Musim Panas


Tips kekal Sihat Di Musim Panas
Tips kekal Sihat Di Musim Panas


  • Hadkan Aktiviti Fizikal
Elakkan aktiviti fizikal dan lasak. Lakukannya pada waktu pagi atau malam kerana aktiviti fizikal meningkatkan pembakaran tenaga, menjana haba yang banyak dan meningkatkan suhu badan. 


  • Banyakkan Minum Air Kosong
Ganda dan kerapkan minum air. Jangan tunggu sehingga terasa dahaga atau bibir menjadi kering. Pastikan minum lebih 8 gelas sehari. Jika lakukan aktiviti fizikal, minum air  200ml setiap 15 atau 20 minit. Tahap dehidrasi yang baik sangat penting bagi mengekalkan suhu badan normal ketika cuaca panas.

Tips kekal Sihat Di Musim Panas

  • Optimakan Proses Nyah Haba
Banyakkan berada di persekitaran yang lebih sejuk dan teduh. Antaranya, lebihkan masa dalam bangunan, kerap mandi, lembapkan badan dan hidupkan kipas. 

Tips kekal Sihat Di Musim Panas

  • Minum Minuman Isotonik
Digalakkan minum minuman isotonik ketika cuaca panas bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh. 

  • Hadkan Aktiviti Luar & Lasak
Boleh buat tapi hadkan agar kesihatan korang sentiasa baik dan korang sentiasa sihat.

  • Makan Buah-Buahan
Banyakkan makan buah-buahan berjus kerana ia baik bagi hidrasi badan. 

  • Pakai Payung/Topi Bila Berada Dibawah Sinaran Matahari
Singkatkan tempoh berada di bawah sinaran matahari. 

  • Kurangkan Minuman Berkafien/ Alkohol/ Manis
Minum minuman berkafien/ Alkohol / Manis boleh menggalakkan kehilangan air dari badan. 

  • Pilih Pakaian Berwarna Terang, Ringan Dan Longgar
Jenis pakaian membantu proses penyerapan dan nyah haba. 

Dah tahukan? Jom kita utamakan kesihatan diri dan keluarga... 

6 Jan 2020

Bio-Life Fish Oil Dan CoQ10 Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif

January 06, 2020 0
Bio-Life Fish Oil Dan CoQ10 Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif
Bio-Life Fish Oil Dan CoQ Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif. Hi korang! Sibuk ke di awal tahun ni? Biasalah tu adat di awal tahun uruskan anak-anak yang baru masuk sekolah, masuk tadika dan lain-lain urusan. Bertabahlah dan kekalkan gaya hidup korang yang aktif dan sihat. Letih an selalu tidak bertenaga memang musuh kepada gaya hidup yang aktif. So, macam mana nak kekalkan gaya hidup yang aktif dan sihat? Well ada bermacam cara untuk hidup aktif dan sihat. CH lebih senang dengan pengambilan supplement seperti Bio-Life Fish Oil dan CoQ10 dan juga aktiviti mengeluarkan peluh seperti walking, jogging serta hiking.

Nak tahu kenapa CH ambil 2 jenis supplement ni? Kena baca entry ni sampai habis sebab kalau baca sekerat jalan macam mana nak tahu kandungan dan kebaikkan Bio-Life Fish Oil dan CoQ10... 

Bio-Life Fish Oil Dan CoQ10 Supplement Terbaik Untuk Gaya Hidup Aktif


Korang suka makan ikan tak? Yess CH suka makan ikan kalau boleh hari-hari. Kudapan pulak nak kepok lekor yang banyak ikan tu. Yang banyak tepung tak nak. Hahaha...


Kalau korang nak tahu, ikan kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang merupakan penyebab utama kematian di Malaysia. Malah pakar di US juga mencadangkan untuk kita memakan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, 2 kali seminggu tapi.... Adakah kita ikut cadangan tu? Confirm tak la kan tambah-tambah kalau makan kat kedai makanan panas.

Asid lemak Omega-3 adalah lemak sihat yang mengandungi asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). Walaubagimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan lemak Omega-3 yang sangat diperlukan oleh kita ini. Terkejut  tak?

Belum terlambat lagi untuk mulakan gaya hidup sihat. Selain dari jaga pemakanan dan gaya hidup sihat, makanan tambahan juga perlu untuk membantu kita hidup dengan lebih sihat dan aktif. Antaranya adalah dengan pengambilan Bio-Life Fish Oil dan CoQ10. 

Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg

Bio-Life adalah pengeluar supplement atau makanan tambahan yang terkemuka dengan pengalaman 28 tahun. Pengeluar makanan tambahan ini membantu rakyat Malaysia untuk memperolehi nutrisi yang mencukupi dengan cara mudah iaitu mengambil makanan tambahan. Baru-baru ini, Bio-Life telah mengeluarkan Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg.

Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg
Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg

 Bio-Enriched Fish Oil 1000mg sangat kaya dengan minyak ikan laut dalam yang diketahui sangat kaya dengan asid lemak tidak tepu Omega 3, EPA dan DHA. Pemilihan ikan laut dalam penting kerana rendah pencemaran kerana ia berada di bahagian bawah rantaian makanan. Bukan itu saja,  hasil yang diperolehi dalam proses menghasilkan minyak ikan tulen, ia tidak berbau dan hanyir.

CH sendiri telah mengambilnya dan menjadi rutin harian walaupun di mana berada. Hanya sebiji sehari untuk kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg

So, kalau korang nak dapatkan Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg ini, korang boleh dapatkannya di farmasi-farmasi di seluruh negara! PEK NILAI Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg boleh didapati pada harga RM159, dalam pek 3 botol, 100 kapsul dalam setiap botol.

Bio-Life CoQ10 75mg


Bio-Life CoQ10 75mg adalah makanan tambahan untuk mengekalkan badan yang sihat kerana Bio-Life CoQ10 75mg penting untuk menambah tahap CoQ10 yang rendah yang dikaitkan dengan rawatan statin untuk meningkatkan pengeluaran tenaga dan antioksidan.

Bio-Life CoQ10 75mg
Bio-Life CoQ10 75mg

Bio-Life CoQ10 75mg penting dalam membantu pengeluaran tenaga, Mengandungi antioksidan 2 yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan pada yang sama menyumbang semula antioksidan lain seperti vitamin E. Sebab itulah Bio-Life CoQ10 75mg sangat bagus untuk diamalkan.

Tapi siapa yang perlu atau boleh mengambil Bio-Life CoQ10 75mg?
  • Orang yang mengambil ubat menurunkan kolesterol
  • Orang yang ingin mengekalkan kesihatan 
  • Orang yang selalu letih

Bio-Life CoQ10 75mg
2 biji sehari 

Cara pengambilannya adalah 2 kapsul sehari selepas makan atau sepertimana yang disyorkan oleh ahli farmasi ataupun doktor. 

Walaubagaimanapun sebelum mengambil supplement-suplement ini, korang dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar perubatan TERUTAMANYA jika anda menjalani terapi warfarin. Wanita hamil dan ibu menyusu adalah dilarang sama sekali. 

CH dah mencuba kedua-duanya sekali dan CH rasa perubahan tersebut setelah mengamalkannya dimana CH lebih aktif dan tidak cepat rasa letih. Perubahan yang CH paling nampak adalah dimana CH tidak perlukan rehat lama selepas panjat bukit dan kemudiannya CH lakukan aktiviti lain seperti memasak ataupun outing bersama kelaurga. CH sukakan gaya hidup seperti ini.


Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://Biolife.2.vu/Maxx. 

26 Dec 2019

Tonton Drama Kampung People Untuk Gelak Sakan

December 26, 2019 3
Tonton Drama Kampung People Untuk Gelak Sakan
Tonton Drama Kampung People Untuk Gelak Sakan. Hi korang! Tengah bercuti ke tuu... Cuti tahunan CH untuk 2019 dah habis. So, kita bekerja sajalah di penghujung tahun ni. Cuti tahunan saja yang habis ( 2 hari lepas), MC banyak lagi. Ambik 4 hari saja sepanjang tahun 2019. Alhamdulillah tahun 2019, CH sakit biasa-biasa atau demam manja-manja saja dan moga kesihatan ini sentiasa baik hendaknya. Aminnn! Adoiii melalut pulak ke cuti pulak CH ni... Just nak habaq yang la ni CH dok layan drama Kampung People. Gelak sakan weiiii...

Drama Kampung People


Korang layan tak? CH rasa ramai yang layan sebab nampak ramai yang update tentang drama ni kat FB. Drama ni memang bukan drama cinta. Drama tentang sebuah keluarga. Walaupun drama komedi tapi sarat dengan pengajaran. Yelah dari kaya raya sampai orang gaji ada 3 orang, kena tangkap dan berada di bawah perlindungan saksi serta kena tinggal di kampung. Pada mulanya famili ni tak boleh terima kenyataan tapi lama kelamaan boleh adapt cara hidup dikampung. Boleh jalani hidup seperti orang kampung yang lain. Setiap episod memang ada pengajarannya yang tersendiri... So, korang satu famili patut tengok drama ini yang di tayangkan setiap hari rabu hingga jumaat.

Drama Kampung People, kampung people, episod penuh drama kampung people, kampung people full episod, drama kampung people full episod,
Drama Kampung People


Drama Kampung People 


[ Episod 1] [ Episod 2] [ Episod 3] [ Episod 4] [ Episod 5] [ Episod 6][ Episod 7][ Episod 8][ Episod 9][ Episod 10][ Episod 11][ Episod 12] [ Episod 13 ]


Selamat menonton korang!