Sekadar berkongsi email dari Kelab...
|
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat
orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara
kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang
terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat
bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat
menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian.
Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong
dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan
yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini.
Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan
tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini
begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin
masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat
orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa
menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai
bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan
kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja
tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau
yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya,
"Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir.
Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi
jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya
itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu
berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu
membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau
ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh
menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah
buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini
berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal
denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu,
aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan
mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak
begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si
pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada
saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup
ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah,
semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita
meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun
dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita
selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu
untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan
bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...
|
No comments:
Post a Comment