Tawaran Diskaun 80% Kompaun Saman PDRM JPJ | Rebut Peluang Untuk Bersihkan Nama. Assalamualaikum wbt & selamat pagi. Pagi pagi dah sebut pasal saman. Benda baik mestilah sebarkan. Lagi satu, CH nak ajak semua bersihkan nama dengan membayar kompaun saman PDRM atau JPJ.
Pertama kali nak minta korang check bawah ic korang ada tak saman. Daftar kat laman web di bawah.
Korang jangan masuk sekarang sebab tengah jammed tu. CH nak masuk untuk bayar saman pun tak boleh. Siap keluar error lagi. Mesti PDRM tak bersedia untuk menerima pengunjung yang ramai dalam satu masa.
Korang kena check sebab CH pun ingatkan tak pernah kena saman dan selalunya saman yang sampai rumah memang CH settle awal-awal. Sekali check tengok ada lagi saman sepuluh tahun yang lalu yang mana surat tak pernah sampai rumah pun. Kereta tu pun dah jual 7 tahun yang lalu.
Pastu ada lagi saman yang kereta atas nama CH tapi diguna dan dibayar oleh adik. Ni penting bagi sapa yang nama owner kereta / loan kereta tapi kereta di guna dan dibayar oleh orang lain. Kalau adik beradik senang kira. Kalau orang lain, mesti kita tak mau kannn... pastu pulak jenis orang yang liat nak bayar.
So jom grab discount 80% dari PDRM ni. Tawaran ni 4 hari ja tau!! Sampai 12hb Disember 2021 saja...
Untuk bayar saman ni, korang boleh walk in ke kaunter traffic/ jpj di daerah masing-masing. Bagi yang teror online, korang bayar ja online. Senang, takyah beratur lama-lama kat kaunter tu.
Tadi CH dah pergi kaunter tapi yang beratur pun ramai, CH tanya sajalah pada abam polis sama ada bayar online boleh dapat diskaun atau tak. Abam polis kata dapat juga 80%. Boleh bayar guna online banking, debit dan kredit card juga. So jangan risau ya gaisss.... Bayar online ja. Jangan bagi alasan tak sempat nak bayar.
Selamat men'' clear'' kan nama korang.
wahh good info
ReplyDeletesemua portal jammed...huhuhu
ReplyDelete