Sup Ayam Kampung Yang Sedap - Cahaya Hayati

25 Apr 2021

Sup Ayam Kampung Yang Sedap

Sup Ayam Kampung Yang Sedap. Assalamualaikum wbt & salam ramadan. Lately ni jarang update blog sebab sibuk uruskan hal kakak Aisya masuk ke SBP, lepas tu sibuk kemas rumah sebab tambahan bilik untuk kakak Aisya. Bila badan letih, semangat dan idea nak update blog pun hilang. Alhamdulillah dah 70% siap. Tinggal nak letak plaster, tile, ceiling dan cat. oh yer, bila sebut badan letih ni, CH suka hirup sup ayam kampung panas-panas untuk kembalikan tenaga. Lain orang lain caranya ya.

Kalau sup ayam, CH suka buat sup ayam kampung sebab isinya yang pejal. Serius sedap bila kena caranya. CH beli ayam kampung ni di kedai depan masjid Kulim, Pak Su Mart. Suka beli kat sini sebab harganya yang berpatutan dan terdapat pelbagai produk muslim yang lain. 

Selain itu, CH suka ayam kampung sebab ia tidak ada lemak. Mungkin sebab ia lepas bebas dan terbang sana sini. Bukannya terkurung dalam sangkar.

Lauk kegemaran ayah CH ni sebab ayah CH tak makan ayam bela. Memang dia tak pernah sentuh ayam daging. Kalau beli pun, hanya untuk kami adik beradik. Tapi kebanyakkan masanya, memang makan ayam kampung sebab tak perlu keluarkan kos. Yelah bela sendiri, nak makan tangkap dan sembelih sendiri. Yang seksanya masa nak cabut bulu ayam... So, sapa nak makan ayam, dialah kena proses. Hahaha... 

resipi sup ayam kampung, ayam kampung, sup ayam kampung untuk ibu berpantang, sup ayam kampung sedap, sup ayam kampung mudah, sup ayam kampung power, sup ayam kampung mudah dan sedap, cara masak sup ayam kampung resipi sup ayam kampung, ayam kampung sedap, sedapnya sup ayam kampung, bahan-bahan sup ayam kampung, mudahnya masak sup ayam kampung, resipi ayam kampung sedap, resipi ayam kampung paling sedap, sup ayam kampung simple, sup ayam kampung untuk berbuka puasa, menu berbuka sedap,
Sup Ayam Kampung


Sekarang ni, CH sekeluarga kena pantang ayam bela sebab nak support abang Ammar pantang makan. Ini kerana abang Ammar ada Eczema dan Dermatitis. Sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan yang sangat-sangat. Bila dia garu tu, memang sampai berdarah lah. Kali ini pakar ke-2 yang CH jumpa. Pakar pertama kata tak perlu pantang makan dan hasilnya tetap sama seperti sebelum jumpa pakar. Pakar kulit kedua pula kata sebab Abang Ammar masih muda, peluang nak baik tu tinggi tapi kena pantang makan.Antara makanan yang perlu abang Ammar pantang adalah segala binatang yang dibela dan sangkar, makanan yang ada yis macam  roti, processed food dan fast food. 

Bila doktor sebut segala jenis makanan yang dia kena pantang tu, terus rasa kesian sebab tu semua makanan kegemaran dia tapi demi kebaikkan dia kita pun berpantanglah juga. Masak pun lauk-lauk yang dia boleh makan. 

Alhamdulillah sejak berpantang makan dan disokong oleh ubat-ubatan, masalah kulit abang Ammar hampir pulih walaupun belum 100%. Sekurang-kurangnya dia dah tak menggaru untuk masa yang lama sebelum tidur. Menggaru tu bukan dalam 30 minit tapi sehingga dia tertidur dengan sendiri. Dulu, hampir jam 1-2 pagi baru dia boleh tidur. Sekarang tak lagi, letak kepala, tutup lampu dia dah boleh lena. Doakan juga supaya Abang Ammar boleh sembuh sepenuhnya. 


resipi sup ayam kampung, ayam kampung, sup ayam kampung untuk ibu berpantang, sup ayam kampung sedap, sup ayam kampung mudah, sup ayam kampung power, sup ayam kampung mudah dan sedap, cara masak sup ayam kampung resipi sup ayam kampung, ayam kampung sedap, sedapnya sup ayam kampung, bahan-bahan sup ayam kampung, mudahnya masak sup ayam kampung, resipi ayam kampung sedap, resipi ayam kampung paling sedap, sup ayam kampung simple, sup ayam kampung untuk berbuka puasa, menu berbuka sedap,
Sup Ayam Kampung Mudah Dan Sedap


So, korang kalau rasa tak sedap badan... Bolehlah cuba hirup sup Ayam Kampung. Resipi ni, CH belajar dengan arwah mak CH. Katanya sup ayam kampung kena letak lada hitam lebih sikit... Tu yang bila makan confirm berpeluh-peluh. Bila berpeluh-peluh terus rasa sihat. 

Sup Ayam Kampung Yang Sedap


Bahan:

1 ekor ayam kampung
1 bungkus sup bunjut tulang Adabi
1/2 batang lobak merah
2 biji kentang - dibelah 4
1 biji tomato - dibelah 4 
1 batang saderi
1/2 sudu lada hitam biji - ditumbuk halus
1 kiub ayam Maggi ( optional) 
garam secukupnya
daun sup
bawang goreng
2sb minyak masak

Bahan Tumbuk:
1-2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1inci halia


Caranya

Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 

Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan ayam sedikit masak. 

Tambahkan air sehingga menutup ayam. 

Masukkan sup bunjut dan kiub ayam. Renih ayam dengan api perlahan sehingga empuk.

Bila ayam dah empuk, masukkan garam secukupnya, kentang, lobak merah, saderi dan tomato. Masak lagi sehingga kentang masak sepenuhnya. 

Taburkan bawang goreng dan daun sup bila nak makan. Boleh dimakan dengan nasi, bubur nasi, nasi himpit, mee dan juga bihun. 

Selamat mencuba uolls!


Nak info ibu hamil, nak lebih banyak resepi, nak motivasikan diri ataupun nak jadi blogger? Korang klik ja link telegram di bawah..  Confirm tak nyesal.


Info Ibu Hamil 



Info Resepi 



Info Motivasi 



Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


2 comments: