Sambutan Birthday Aisy Di Tadika - Cahaya Hayati

27 Sept 2019

Sambutan Birthday Aisy Di Tadika

Sambutan Birthday Aisy Di Tadika. Semalam ada majlis sambutan hari lahir di tadika Aisy... Seronoklah dia sebab dapat sambut beramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Mommy suka dengan konsep tadika ni sebab setiap bulan ada aktiviti tersendiri. Contohnya bulan lepas buat water day di mana pelajar akan main air dan mandi kolam. Untuk bulan September ni pula, buat sambutan hari lahir... Untuk bulan depan, tak tahu lagi dan tunggu surat dari tadika saja.

Amboiii diapit oleh gegirl... 

Amboi banyaknya kek dan makanan! Habis ke makan tu? Hahaha... Yang pasti mommy dapat balik bekas kosong saja. 

muka ada senyum

awat serius pula..

Seronoklah dia sebab dapat hadiah dari pengasas tadika... 

Yeay dapat hadiah...

Ini kek yang mommy tempah khas untuk sambutan hari lahir di tadika. Tema ultraman kekdahnya...

Kek birthday dari Donna's Touch

Closed up sikit gambar kek dan makanan. Meriahnya... Kalau boleh tahun depan mommy nak join juga hihi.



Terima kasih kepada pihak tadika yang menganjurkan majlis sambutan hari lahir ini. In sha Allah mommy akan memberi sokongan sepenuhnya. 

Kalau yang tertanya bila birthday Aisy, birthday Aisy pada 24 September baru-baru ni tapi mommy dan keluarga tak sempat nak sambut lagi. Tungguuuu.... 

No comments:

Post a Comment