Jualan Amal Hari Usahawan Untuk Dana PIBG Dan Hari Bertuah Abang Ammar. Assalamualaikum & hi korang. Weekend baru-baru ni, mommy dan kawan-kawan PIBG yang lain telah sertai Hari Usahawan sekolah Abang Ammar. Ini adalah sebagai satu usaha untuk menambah dana PIBG.. Ini merupakan kali kedua PIBG di beri peluang untuk menyertai Hari Usahawan sekolah abang Ammar.
Hari Usahawan sekolah Abang Ammar ni memang meriah kerana terdapat pelbagai jenis menu yang di jual oleh para guru, mini cinema, permainan menarik dan paling best tentulah cabutan bertuah..
Inilah gerai PIBG. Kat belakang tu semua gerai para guru... Masa gambar ni di ambil, kami tengah set up meja jualan. Para ibu bapa pun tak sampai lagi. Oh yer, mommy ada assistant kecil yang tak nak pergi tadika. hihi..
Antara menu yang PIBG jual adalah spaghetti bolognaise, spaghetti carbonara, lasagna, sanwich sardin, sandwich telur dan hotdog. Tak banyak menu, kuantiti ja banyak.
Menu dah tinggal sikit dalam tempoh tak sampai 2 jam... Habis kena serbu dengan anak-anak sekolah dan ibu bapa. Terima kasih kepada yang membeli sambil menyumbang.
Dah settle jualan tapi mommy tak boleh balik lagi sebab Abang Ammar nak tunggu sampai cabutan bertuah habis dicabut. So, tunggulah sebab si Aisy pun asyik cakap nak hadiah. Tapiiiiiiii.... Memang berbaloi tunggu sebab Abang Ammar menang tempat kedua cabutan bertuah. Terima kasih Ya Allah.
kacaulah Aisy ni... |
Dan yang confirm budak kecik tu tak puashati sebab dia tak dapat cabutan bertuah. Sepanjang jalan nak sebut nak hadiah. Adoilah anak, dah nama cabutan bertuah, hanya yang bertuah sajalah yang dapat...
Tahniah Abang Ammar |
seronok kan Cik T, teringat dulu zaman sekolah kak ana pun ada sertai jualan2 ni dengan team persatuan hehe :)
ReplyDeleteWah.. Bestnya... Seronok jual beli...
ReplyDelete