Hi Tea Di The Top Penang - Cahaya Hayati

2 Aug 2019

Hi Tea Di The Top Penang

Hi Tea Di The Tops Penang. Hi korang! Semalam kan, mommy join hi-tea event di The Top Penang. First time tau mommy jejakkan kaki di The Top tu. Kalau Komtar tu selalulah. Sejak dari zaman sekolah lagi. Ya Allah, banyaknya perubahan kat Komtar ni... Tak sangka dah jadi tempat untuk indoor activities yang terbesar di Penang. Kalau korang yang belum pernah datang sini, bolehlah bawa anak-anak datang sini. Kalau korang nak dating pun boleh...


Untuk hi-tea, restoren The Top yang terletak di tingkat 59 Komtar menjadi pilihan. Sesuai dengan activiti kelab wanita TM. Maaflah sebab mommy tak boleh nak terangkan macam mana nak book atau ke sini sebab tempahan semua telah di uruskan oleh AJK kelab. Kami bawa diri saja datang sini...

So, inilah restaurant The Top di tingkat 59 tu. Sebahagian dari restaurant tingkat 59..



Ini pula view dari tingkap restaurant The Top. Kalau malam sure lagi lawa dan meriah dengan lampu yang pelbagai warna. 



Meja kitaorang. Sambil makan boleh tengok view di luar...


Ini pula menu yang menjadi pilihan AJK kelab. Semua menu-menu sedap sangat walaupun menu biasher-biasher saja. 










Oh yer, ada lagi 2 menu yang tak sempat ambil gambar iaitu popia basah dan roti jalan kari ayam. Dedua menu ni pun sedap. So, korang yang nak buat event company tu bolehlah datang sini. Kalau nak datang sendiri memang tak lah kan? 

Bila dah event dan beramai-ramai macam ni, perangai muda remaja pun keluar balik. kihkih... 


Kalau event Kelab Wanita TM ni memang tak sah kalau tak ada cabutan bertuah. Tarikan untuk datang dan memeriahkan majlis... Alhamdulillah seramai 70 orang ahli yang datang dan memeriahkan. Tahniah untuk AJK kelab.


My lucky number... Dalam hati dok doa bagi dapat hadiah cadar, periuk ataupun pressure cooker. Tapi.... 


Sekali nombor bertuah ni naik paling awal. So, dapatlah hadiah comel ni tapi boleh di gunakan di rumah. Walaupun comel, ia produk ikea tau.  


setakat ini sajalah update untuk hari ini... Nak sambung buat kerja pula... Selamat berhari minggu uolls.


2 comments:

  1. Sesekali gathering macam ni best kan....siap ada lucky draw tu ha

    ReplyDelete
  2. Boleh dating kat sana ye? Huhu

    ReplyDelete